سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Wish List 1: Degree.
Alhamdulillah, sekarang Njwa sudah bergelar mahasiswi di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terletak
di Bukit Chandan, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Lepas habis Sijil
Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), Njwa ditawarkan untuk sambung belajar
peringkat ijazah sarjana muda di USAS dalam bidang pentadbiran pengajian atau
Bachelors of Business Administration (BBA) di bawah fakulti pengurusan dan
teknologi maklumat selama 4 tahun.
Njwa mendaftar sebagai seorang
mahasiswi USAS pada 30 Jun 2019 secara rasminya di Dewan Serbaguna, Universiti
Sultan Azlan Shah. Selepas selesai urusan pendaftaran, Njwa bergerak ke asrama
dalam iaitu asrama untuk mahasiswi sahaja. For information, USAS mempunyai 3
jenis asrama iaitu asrama dalam, asrama pinggiran kampus dan asrama Bukit
Kerajaan. Njwadapat bilik AT2-29 yang hanya memuatkan 4 orang. Ada katil dua
tingkat, dua buah katil, meja study sorang satu and loker sorang satu. Asrama
memang not bad. Tapi kena bawak bantal dan cadar sendiri dan alhamdulillah, Njwa dapat kawan-ii sebilik yang baik yang datang dari pelbagai negeri iaitu Izzati
(Selangor) yang ambik Ijazah Multimedia Kreatif, Lily (Penang) dan Emylia
(Kelantan) yang sama-ii ambik Diploma Business Administration.
Sesi orientasi berjalan hampir
seminggu. Agak penat jugak semasa sesi orientasi sebab kena hadap dengan banyak
benda. Tak cukup rehat, tak cukup mandi, tak cukup makan. Hahaha, seriusly
memang pengalaman yang memeritkan. Tapi semuanya berjalan dengan baik.
Hari pertama Njwa ke kuliah agak
mendebarkan juga sebab fikirkan tentang suasana kelas, perwatakan pensyarah
sama ada okay atau garang and suasana pembelajaran yang macam mana. Pada hari
pertama untuk ke kuliah, Njwa bersiap awal disebabkan untuk mengelakkan masalah
untuk cari bilik kuliah. Alhamdulillah, tiada masalah bagi Njwa untuk mencari
bilik kuliah kerana terdapat board lokasi di hadapan pintu masuk kampus. Sehari
demi sehari Njwa melanjutkan pelajaran di USAS, Njwa bersyukur kerana diberi
peluang untuk sambung belajar berbanding dengan orang lain di luar sana.
Berkaitan dengan tugasan atau
assignment yang diberikan oleh pensyarah, tiada masalah bagi Njwa disebabkan masa
di tingkatan 6, Njwa sudah didedahkan dengan cara buat tugasan yang betul
dengan bimbingan guru-ii. Namun, ilmu
yang ada pada Njwa masih tidak cukup dan memerlukan Njwa untuk minta pertolongan dan
pendapat dari kawan-ii yang lain. Jangan bodoh sombong, okiee :)
Alhamdulillah, sekarang Njwa berada dalam tahun kedua baru sahaja selesai semester ketiga dan kini sedang
cuti sem selama 3 bulan dan insyaAllah pada 20 September 2020 Njwa akan
menyambung semester yang ke-empat. May Allah ease everything, Amiin :)
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 07 July 2020 || 06:54 pm