سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Macam Mana Nak Move On"
Buang segala kenangan dengan dia.
Nak buang memori dalam minda sukar sedikit jadi kita buang kenangan visual yang pernah dia hadiahkan. Contohnya: Baju, beg, buku, tudung, jam tangan dan semua benda fizikal. Jangan sesekali simpan. Makin lama kita simpan, makin lama kita tengok, makin nangis bucu katil, makin susah untuk kita padam kenangan dari ingatan. Beri sahaja hadiah itu kepada orang yang kita tidak akan jumpa lagi contohnya buat gift preloved dalam online atau wakafkan pada orang yang kurang berkemampuan.
Block atau unfollow media sosial dia.
Ini paling penting. Block atau unfollow supaya kita tidak terganggu dengan aktiviti harian dia yang buat kita makin susah untuk move on. Unfollow juga media sosial kawan-ii dia. Bukan apa, nanti buka facebook lepastu muncul newsfeed mereka tengah holiday, tengah outing, tengah mengopi, akhirnya kita juga yang sakit kan?
Sibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat.
Kita tidak boleh lari dari teringat dia. Itu lumrah. Jadi cara terbaik ialah meminta perlindungan Allah dengan membaca istiazah (mohon perlindungan) sebab syaitan akan cucuk kita untuk selalu down dan lemah. Lemah bukan sifat muslim sebab lama kelamaan membawa kepada putus asa dan jika tidak dikawal, bimbang kita dihasut syaitan pula untuk membunuh diri. Nauzubillah. Cari ilmu kenal Allah, kenal diri, self improvement, self care, self worth, self love, fikir tambah nilai pada diri biar kuat jiwa dan kuat istighfar. Mungkin apa yang berlaku adalah kesan daripada dosa silam kita. Fokus pada redha Allah, nanti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Buat list apakah yang buat saya jatuh cinta pada dia (ex)?
Ingat balik apakah sebab utama saya jatuh cinta pada dia? Sebab caring? Penyayang? Lemah lembut? Serasi? Memahami? Baiklah. Sekarang ambil semua sifat di atas dan letakkan pada asmaul husna iaitu nama-ii Allah. Jika sayang ex kerana lemah lembut, bukankah Allah Maha lemah lembut? Kalau sayang ex kerana penyayang, bukankah Allah Maha penyayang? Kalau sayang ex sebab memahami, bijaksana, penyabar, mendengar, melindungi, pemaaf, bukankah Allah Maha di atas semua sifat di atas. Jadi kenapa kita bergantung pada manusia yang kurang jika Allah pemilik segala kelebihan kan.
Sayang dan bergantunglah sepenuhnya pada Allah pemilik segala kelebihan. Baru Manusia.
ما شاء الله
Sumber dari: Saidatul Husna
Najuwa Jaafar || 26 July 2020 || 7:03 pm
No comments:
Post a Comment
Thank You For Spending Your Time Here. Come Again :)