سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kek Coklat Kukus Dengan Sukatan Cawan.
Kek coklat kukus merupakan salah satu dessert yang digemari oleh kami sekeluarga. Kenapa? Mungkin kerana rasa moistnya apabila dikukus dan rasa coklat cair bertamu di mulut. Sejujurnya, Njwa bukanlah seorang yang mahir dalam membuat dessert-ii nie, tapi disebabkan rasa teringin nak makan tapi malas nak keluar membeli, so Njwa buat sendiri dengan diajar oleh mak. At first, Njwa ingatkan susah nak buat, tapi sebenarnya sangat senang rupanya. Makin lama, NJwa makin suka dan makin kerap buat kek coklat nie sorang diri tanpa mak disisi. Alhamdulillah, bila Njwa hidangkan kepada family, mereka suka malah bagi puji tau :)
Masa mula-ii Njwa belajar untuk buat kek coklat nie, NJwa ada juga search dekat google. Banyak sangat resepi yang ada, macam-ii cara. Pening jugak lah, tak tau nak ambik resepi yang mana satu. Akhirnya Njwa tanya sendiri dekat mak and mak kata kalau nak senang, ikut resepi nie je. Resepi kek coklat kukus dengan menggunakan sukatan cawan. Senang kan. Tak perlu oven, cuma kukus je dalam 45 minit and tak perlu sukat, guna cawan je. Bahan-ii pun tak banyak nak guna pun.
Bahan-ii :
- 1 Cawan Serbuk Koko
- 1 Cawan Susu Pekat
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Cawan Gula
- 1 Cawan Minyak Masak
- 3 Biji Telur
- 1 1/4 Cawan Tepung Gandum
- 1 Sudu Kecil Baking Powder
- 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat.
- 1 Sudu Esen Vanilla
Cara-ii :
- Campurkan serbuk koko, susu pekat, susu cair, gula, minyak, telur dan esen vanilla ke dalam mixer dan kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
- Panaskan air dalam periuk kukusan.
- Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
- Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Sapukan butter atau minyak pada loyang. Kemudian tuangkan adunan kek coklat tersebut kedalam loyang.
- Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
- Kukus kek selama 45 minit.
Toping:
- 4 Sudu Besar Serbuk Koko
- 5 Sudu Besar Susu Pekat
- 2 Sudu Besar Susu Cair
- 3 Sudu Besar Minyak Masak
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 19 Jun 2020 || 12:13 pm