سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Macam Mana Nak Urus Hati Bila Suka Seseorang?"
Dapatkan pemikiran yang rasional.
Bila kita jatuh cinta, kita akan sayang orangnya. Kadang boleh gembira hanya kerana dia gembira dan kadang boleh sedih bila dia sedih. Lebih parah kita angau. Kita takut kita risau, dia jodoh kita ke? Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, kalau saya akan ceritakan rasa hati saya pada orang yang matang, yang baik, dipercayai dan dapat bantu saya untuk berfikir dengan matang dan rasional. Selalunya ibu ayah, adik beradik dan sahabat yang ada ciri-ii tadi. Ya, saya ceritakan agar mereka beri nasihat dan bimbing saya. Bila cerita pada mereka, mereka boleh tanya balik pada kita sampai kita berfikir dengan betul. Kenapa sebenarnya kita suka orang itu? Suka ke, cinta ke, kagum ke, apa je sebenarnya perasaan kita nie? Dan kalau kita rasa memang sayang, kita akan fikir sejauh apa kita nak hidup dengan dia. Sesuai ke? Contohlah: awak orang Kelantan, awak jatuh hati dekat orang Sabah. So, bila awak berbincang dengan parents, mereka akan buat awak sedar what it takes to be with that person, dan di situ awak akan refleksi diri betul-ii. Koreksi diri, betul ke aku nie?. So, itulah yang pertama iaitu berfikirlah dengan matang dan rasional. Bukan hanya ikut perasaan sahaja. Kalau mampu berfikir sendiri dan tidak mahu cerita pada sesiapa, silakan. Tapi nasihat orang yang baik akan membantu. Bahkan, kalau kata sahabat kita itu soleh solehah, dia akan ingatkan kita, bantu kita jaga hati, jaga diri bila kita dekat dengan orang yang kita suka. Mungkin dia akan ingatkan supaya kita tidak memandang dan sebagainya.
Hamburkanlah cinta itu ke dalam doa dan istikharah.
Ini sepatutnya yang pertama cuma sengaja saya letak di nombor dua. Awak tahu yang hati awak boleh merasa sayang, cinta dan sebagainya adalah fitrah yang Allah bagi. Bersyukurlah. Awak normal iaitu jatuh hati pada jantina berlawanan. Allah yang beri rasa itu, Maha Tahu apa yang awak rasa, kepada siapa awak jatuh hati. Allah tahu semuanya. Andai malu, andai rasa berdosa, rasa salah, sedih, risau, rindu dan apa sahaja luahkan sahaja dekat Allah. Cerita pada Allah, minta pada Allah. Saya suka berdoa macam ini, "Kalau benar dia yang terbaik, peliharalah cinta yang berputik, bimbinglah, satukanlah kami pada saat yang tepat, peliharalah dari kemurkaanMu dan satukan dengan rahmatMu. Namun, andai hadirnya hanya ujian dan persinggahan, mudahkanlah hati ini untuk berpaling dan gantikan dengan yang jauh lebih baik." panjang lagilah dan tambah pula dengan doa istikharah seperti yang Baginda Nabi SAW ajarkan, pohonlah sepenuh hati. InsyaAllah hati kita akan tenang. Sebab kita tahu, kita yakin dan percaya yang Allah akan jaga kita dan dia. Istikharah lah tanya pada Allah, kenapa rasa kasih ini dicampakkan.
Jadilah seorang pencinta yang baik dan sejati.
Walau tidak semestinya orang itu jodoh kita, selagi kita dalam mencari jawapan dan keyakinan hati, sementara rasa suka masih berputik, jadilah pencinta yang baik. Jangan ganggu dia, jangan paksa dia, jangan suka-ii hati mengaku dekat orang lain bahawa dia dengan kita. Cintailah seseorang dengan penuh kehormatan. Tahan rasa cinta itu dalam hati. Buat baik seperti kebaikan kepada semua orang sahaja. Nak cuba usaha dekatkan hati dia, boleh dengan berpada-pada dan berbatas tapi jangan paksa dia suka kita kembali. Pencinta yang sejati, dambakanlah kebahagiaan untuk orang yang kita sayang. Kalau bahagia dia bukan dengan kita, ikhlaskan. Bagai sebuah pesan, jika kita hanya suka, kita akan petik satu bunga dan nanti bila layu, kita akan buang. Namun, jika kita cinta, kita akan siram dia, jaga dia dan akan bertumbuh mekar. Begitulah. Percayalah, saat kita memilih untuk tenang dan tidak memaksa, insyaAllah Allah akan mudahkan kita untuk turut bahagia dalam keredhaan.
Andai tahu diri belum bersedia untuk nikah, maka tahanlah rasa yang berputik. Tahan, dalam diri anda sahaja. Kalau sudah mahu melangkah ke arah pernikahan, maka ambillah langkah yang tepat. Matangkan fikiranmu, tenangkan hati dengan berpaut kepada Allah, dan jadilah seorang insan yang baik.
Cinta itu tidak salah, tapi kasihan hatimu andai begitu liar menyukai ramai orang. Usahlah terlalu cepat mempercayai bisikan hati, boleh jadi ia cuma mainan rasa, boleh jadi cuma tipu daya syaitan durjana. Jadikanlah cinta, kasih, rindu kita mahal nilainya hanya untuk yang berhak.
Bersabarlah di saat Allah menguji, bisikkan kembali kepada hatimu "Inni Akhafullah", sesungguhnya aku takut kepada Allah.
ما شاء الله
Sumber dari: Arisya Amru
Najuwa Jaafar || 29 July 2020 || 6:00 pm
ya Allah, really nice sharing awak :)
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteTerima kasih sangat2 utk penulisan awak ni, ia sangat membuka mata. Saya belum pernah simpan perasaan pada mana-mana lelaki sebab pada saya kalau crush setakat untuk suka-suka ni membazir masa je. Saya cuba reserve perasaan saya hanya untuk seseorang yang serius. Anyway, mg best baca penulisan awak yang ni. keep up the good work ok..!
ReplyDeleteAlhamdulillah. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan :) Btw, thank you :)
DeleteGood sharing! Thank youuuu :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, most welcome :)
Delete