Monday

Bercinta Selepas Nikah Adalah Lebih Baik


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



"Macam Mana Nak Kahwin Kalau Tak Couple?"

Kalau korang tak atau belum couple lagi, maka bertaqwalah kepada Allah. Apa maksud taqwa? Ikut perintah Allah dan jauhi larangan Allah dengan bersungguh-sungguh. Bukan sambil lewa!

Kalau korang sedang couple, maka bertaqwalah kepada Allah dan putuskan hubungan korang dengan pasangan korang. Mana tahu korang clash sebab nak taat perintah Allah, ada berkat dan rahmat Allah turunkan kepada korang.

Kalau korang masih student lagi, belajarlah bersungguh-sungguh. Dapatkan 4 flat ataupun straight A's. Jangan fikir tentang cinta bagai dulu. Kalau korang sekali dah terperangkap dalam bab cinta-ii nie, percayalah korang mesti akan ketagih.

Korang belajar pun, nak whatsapp dengan partner. Kalau boleh nak study sama-ii. Kalau dah study sama-ii, memang tak akan fokus lah. Trust me!

Tapi kami bercinta sebab Allah. Kami tak buat apa-ii maksiat. Kami tak pegang tangan. 

Kalau saya boleh ketuk dengan tulang rusuk kiri, saya dah ketuk. Tapi saya masih tak kejam lagi.

Korang bukan bercinta sebab Allah, tapi korang bercinta sebab nafsu syahwat. Kalau korang cintakan Allah dan Rasul-Nya, korang tahu ikhtilat itu Haram. Menghampiri zina itu juga Haram.

Kalau korang dah bercinta, mesti korang lupakan Allah. Buktinya?

Korang solat pun lambat sebab nak reply whatsapp dulu. Korang tidur pun lambat sebab phone call ataupun whatsapp sampai pukul 3 atau 4 pagi. Lepastu bangun subuh lambat. Korang solat pun tak khusyuk sebab teringat-ingat dan macam-ii lagi. Ini bercinta sebab Allah? Ini namanya nak melupakan Allah. 

Kalau korang dah masuk universiti, korang bersungguh nak kahwin, make sure korang yakin bahawa korang memang dah bersedia nak kahwin. Bukan kerana ikut atau dengar ceramah tentang kahwin awal atau melihat kawan-ii korang yang dah kahwin, terus korang rasa nak kahwin.

Bersedia ini erti kata:
Korang dah tahu apa hukum hakam dalam fiqh munakahat. 
Korang dah ada kewangan yang boleh menampung
Korang dah bersedia dari segi mental yang paling tinggi.
Korang boleh berkahwin dalam masa terdekat (paling terbaik kurang dari setahun bertunang)
dan yang paling penting...
Korang ada sebab yang kukuh kenapa korang nak kahwin masa belajar. Sebab itu saya cakap, kahwin jangan ikut orang. Jangan, nanti korang menyesal. Kahwin ikut sunnah, bukan ikut orang.

Saya pernah jumpa pasangan yang dah kahwin waktu masih belajar, lepastu menyesal kahwin awal. Kahwin ini bukan perkara yang boleh dibuat main-ii. Ia melibatkan tanggungjawab, maruah, harta, kehormatan, bahkan hubungan kekeluargaan. Ia bukan cinta cintun semata-mata.

Kalau dah bersedia nak kahwin?

Jangan lupa, bersedia ini memang betul-ii bersedia! Bukan bersedia nak kahwin 5 tahun lagi.

Bukan! Bersedia nak kahwin ni contohnya,

Kalau keluarga perempuan itu nak korang kahwin minggu depan, korang boleh kata pada keluarga perempuan tu, 

"No hal mak cik dan pak cik. Anytime anywhere. I'm well prepared! Ohyeah!!"

So maksudnya, korang dah boleh nak kahwin dalam masa terdekat. (Kurang dari setahun adalah paling terbaik. Lagi cepat lagi bagus).

Ha, baru betul.

Okay, kalau korang dan betul-ii bersedia nak kahwin, maka cari orang tengah untuk bantu korang atau untuk memulakan proses perkenalan. Sebaiknya begitu. 

Siapa yang mahram dengan korang. Abang, Kakak, Emak, Ayah dan sebagainya. Kalau dah tak ada, cari ustaz atau ustazah yang dah berkahwin, kemudian minta mereka untuk jadi orang tengah.

Contoh seorang lelaki.
Kalau lelaki itu dan bersedia nak kahwin tetapi masih tiada calon, boleh cari ustaz yang korang rapat dan dah berkahwin, minta pandangan dia tentang calon mana yang okay. Lepas dia bagi cadangan, dan korang pun setuju, minta ustaz tu menjadi wakil korang. Jangan ustaz tu pula yang meminang sudah. Melepas korang nanti. Kalau perempuan tu bersetuju, terus jumpa keluarga perempuan tu dalam masa terdekat. Tapi ingat, jangan pula korang mengatal-gatal whatsapp atau mesej perempuan secara berdua-duaan. Sama je korang berikhtilat. 

Jadi, macam mana nak contact? 
Buat whatsapp group, dalam group tu pastikan ada korang, perempuan tu, mahram korang dan mahram perempuan tu. Supaya perbualan korang dengan perempuan tu terjaga. Korang akan bincang benda penting seperti tarikh kahwin, hantaran, kos dan sebagainya. Bukannya tanya, "Ayang dah makan? Ayang sihat?" -_-

Bagaimana perempuan pula?

Perempuan pun boleh buat benda yang sama. Boleh je melamar lelaki tu guna orang tengah. Tiada masalah. Khadijah radiyallahu anha melamar Rasulullah mengunakan orang tengah juga. Jangan pedulikan istilah "perigi cari timba"..

Yang penting korang jaga ikhtilat, tunduk pandangan, jaga percakapan, jaga batas-ii agama, jalan je.. Korang juga nak kahwin, bukan orang lain. 

Kalau nak cari pasangan sendiri?

Boleh je nak cari sendiri. Tapi dengan syarat..

Mesti jaga ikhtilat, jaga pandangan (tunduk pandangan), jaga kata-ii, jaga batas-ii agama, dan yang paling penting ada orang tengah. Orang tengah ni mesti dah kahwin dan faham dan amalkan agama. Tak semestinya ustaz atau ustazah. Yang penting bukannya jenis kaki couple juga. Memang tak jalan lah cara ni.

Kenapa kena ada orang tengah?
Supaya korang punya perbualan tak terlajak-lajak. Nabi kan dah sebut, kalau dah berdua, syaitan akan jadi orang ketiga. Walaupun di alam siber.

Nak cari dekat mana?
Cari je dekat mana-ii. Dekat kuliah ke, dekat universiti ke, dekat tempat kerja ke, dekat facebook ke, atau dekat mana-ii lah.. Yang penting jaga syarat-ii yang dah diberitahu dan mesti ada orang ketiga. Kalau korang berdua je, memang ke laut lah jawabnya..

Kalau tak jumpa pasangan atau tiada siapa yang nak dekat korang?

Takpe, jangan risau. Ramai je yang mati dalam dunia ni tak sempat kahwin pun. Jangan kalut-ii. Tapi jangan pula tak nak kahwin, berat jugak.. Rileks sudah. Teruskan kehidupan, dan teruskan usaha mencari. Jangan putus asa. Tapi kalau tak ada jodoh dalam dunia, percayalah dekat akhirat nanti korang akan jumpa pasangan korang. Percayalah :)

Mereka telah melupakan Allah, Allah juga melupakan mereka. (At-Taubah 67)

ما شاء الله

Sumber dari: Tarbiah Sentap
Najuwa Jaafar || 27 July 2020 || 6:00 pm

2 comments:

  1. Bila berkata tentang jodoh dan membaca post ni saya terfikir macam boleh ke kita macam berkawan sebab sekarang ni mcm situasi tak boleh lari dengan lelaki dan perempuan.

    ReplyDelete
  2. betul tu😍 walaupun kita rasa hati kita x boleh menipu sekalipun..cuba lah gagahkan diri taqwa kpd Allah S.w.t..insya Allah.❤️

    ReplyDelete

Thank You For Spending Your Time Here. Come Again :)

COPYRIGHT BY NJWA JAFF