Monday

Kenyang Perut


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kek Coklat Kukus Dengan Sukatan Cawan.


Kek coklat kukus merupakan salah satu dessert yang digemari oleh kami sekeluarga. Kenapa? Mungkin kerana rasa moistnya apabila dikukus dan rasa coklat cair bertamu di mulut. Sejujurnya, Njwa bukanlah seorang yang mahir dalam membuat dessert-ii nie, tapi disebabkan rasa teringin nak makan tapi malas nak keluar membeli, so Njwa buat sendiri dengan diajar oleh mak. At first, Njwa ingatkan susah nak buat, tapi sebenarnya sangat senang rupanya. Makin lama, NJwa makin suka dan makin kerap buat kek coklat nie sorang diri tanpa mak disisi. Alhamdulillah, bila Njwa hidangkan kepada family, mereka suka malah bagi puji tau :) 




Masa mula-ii Njwa belajar untuk buat kek coklat nie, NJwa ada juga search dekat google. Banyak sangat resepi yang ada, macam-ii cara. Pening jugak lah, tak tau nak ambik resepi yang mana satu.  Akhirnya Njwa tanya sendiri dekat mak and mak kata kalau nak senang, ikut resepi nie je. Resepi kek coklat kukus dengan menggunakan sukatan cawan. Senang kan. Tak perlu oven, cuma kukus je dalam 45 minit and tak perlu sukat, guna cawan je. Bahan-ii pun tak banyak nak guna pun. 




Bahan-ii :
  1. 1 Cawan Serbuk Koko
  2. 1 Cawan Susu Pekat
  3. 1 Cawan Susu Cair
  4. 1 Cawan Gula
  5. 1 Cawan Minyak Masak
  6. 3 Biji Telur
  7. 1 1/4 Cawan Tepung Gandum
  8. 1 Sudu Kecil Baking Powder
  9. 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat.
  10. 1 Sudu Esen Vanilla

Cara-ii :
  1. Campurkan serbuk koko, susu pekat, susu cair, gula, minyak, telur dan esen vanilla ke dalam mixer dan kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
  2. Panaskan air dalam periuk kukusan. 
  3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. 
  4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  5. Sapukan butter atau minyak pada loyang. Kemudian tuangkan adunan kek coklat tersebut kedalam loyang.
  6. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  7. Kukus kek selama 45 minit.





Toping:
  1. 4 Sudu Besar Serbuk Koko
  2. 5 Sudu Besar Susu Pekat
  3. 2 Sudu Besar Susu Cair
  4. 3 Sudu Besar Minyak Masak

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.  Kacau perlahan sehingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.


 ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 19 Jun 2020 || 12:13 pm

Sunday

Bukit Berekeh


Bismillah...

Hiking Bukit Berekeh di Sungai Siput, Perak.


Bukit Berekeh atau dikenali sebagai Bukit Botak mempunyai ketinggian setinggi 1940 kaki atau 454 meter dan terdapat 5 buah puncak bukit yang menjanjikan permandangan yang menarik pada setiap puncak.





Alhamdulillah dengan keizinan Allah, aku dapat join hiking bukit nie dengan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Usas bersama dengan 16 orang yang lain. Ini dah masuk kali ketiga aku join aktiviti hiking. Kami bertolak seawal 4 pagi daripada universiti menuju ke Sungai Siput dan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam untuk sampai dan setibanya di sana, kami berkumpul dan diberikan bekalan seperti air mineral dan roti.




Keadaan trek untuk ke puncak bukit taklah sukar, mula-ii kami melalui kawasan sawit dalam anggaran masa 30 minit berjalan dan seterusnya kami melalui trek hutan lebih kurang 30 minit sampai ke puncak pertama. Anggaran masa dari puncak pertama untuk sampai ke puncak terakhir dalam 3 jam. Walaupun Bukit Berekeh mempunyai 5 puncak, tetapi aku hanya mampu mendaki sehingga puncak keempat sahaja disebabkan matahari sudah naik dan terasa bahangnya. Tapi aku bersyukur kerana dapat mendaki sehingga ke puncak keempat walaupun di pertengahan jalan, ada terbit perasaan nak give up tapi disebabkan aku lihat kawan-ii yang lain bersemangat jadi aku gagahkan juga untuk melangkah dan kecewa sedikit kerana tidak kesampaian untuk kepuncak kelima, mungkin ada rezeki untuk sampai ke puncak kelima pada masa yang akan datang kan :)


       


Excited betul rasanya bila dah sampai setiap puncak. View di setiap puncak memang terbaik, dikelilingi lalang-ii dan rumput-ii savanna yang kering dan cantk. Kalau ada rezeki, bolehlah melihat pemandangan awan karpet.


 







Tips Hiking Bukit Berekeh:

1. Hiking awal pagi untuk menikmati permandangan sunrise .

2. Pakai topi untuk elakkan cahaya matahari.

3. Bawak beg dan isikan air mineral, roti dan coklat secukupnya.

4. Bawak tuala kecil.

5. Jangan ikut cara orang lain. Kalau tak larat, berhenti.


Jangan mengambil apapun selain gambar, jangan meninggalkan apapun selain jejak, jangan membunuh apapun selain waktu dan jangan membakar apapun selain semangat.








Secara keseluruhannya, aku sangat enjoy dengan trip hiking kali ini dan merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. InsyaAllah, ada rezeki untuk hiking pada masa yang akan datang pulak. Amiin :) 

Permandangan Bukit Berekeh 












  ما شاء الله

 Najuwa Jaafar || 15 July 2020 || 02:12 pm 

Saturday

Syawal 2020


Bismillah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah. Ramadhan sudah berlalu. Semoga akan ada rezeki untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang. Tahun nie suasana raya agak berlainan daripada tahun-ii sebelum nie disebabkan pkp dengan assignment yang banyak serta dengan final exam untuk semester 3. 

Alhamdulillah, aku masih dapat beraya bersama dengan keluarga seperti biasa walaupun tanpa Angah yang bekerja di Johor. Tahun nie memang tak dapat nak menziarah sanak saudara yang berada di negeri lain disebabkan oleh arahan kerajaan untuk tidak merentas negeri. Tapi, disebabkan kampung ayah dengan kampung mak masih dalam negeri yang sama iaitu negeri Perak, jadi tak ada masalah  untuk aku sekeluarga berjumpa dengan sanak saudara yang lain yang tinggal di negeri Perak. Duit raya pun masih dapat sama ada cash atau bank in, terima kasih :)

Nasib aku juga baik sebab aku masih ada baju untuk aku pakai masa raya nie yang bertemakan gold. Sebenarnya, baju raya nie untuk aku pakai semasa majlis kenduri abg sedara aku di Kedah pada bulan 12 tahun lepas tapi disebabkan masa tu aku ada midterm dan final exam untuk semester 2, aku tak dapat nak ikut and stay di universiti. Nasib baik muat lagi baju tu untuk aku pakai :)

Apa-ii pun, mohon maaf jika ada salah silap, terlanjur kata, dan terkasar bahasa.
Maaf Zahir dan Batin :)













  ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 13 Jun 2020 || 7:16 pm


Friday

Salam Kasih

Bismillah..

" Tiada Yang Pertama, Maka Tiada Yang Terakhir "

Semua perkara mesti ada permulaanya. Walaupun manusia seringkali hanya berserah kepada takdir, namun sedarlah bahawa langkah pertama yang diambil itu kadangkala dapat mengubah nasib yang telah tertulis kerana Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan oleh mereka sendiri.

Kadangkala aku terfikir, di manakah sepatutnya aku bermula?
Didepan, dibelakang, dikiri, dikanan, diatas atau dibawah?


Tetapi, persoalan ini hanya mampu dijawab oleh diri kita sendiri. Walaupun kita boleh meminta pendapat atau pandangan daripada orang lain, namun pendapat atau pandangan tersebut tidak semestinya adalah jawapan yang tepat pada persoalan kita kerana hanya kita sendiri yang dapat memahami diri kita sendiri dan itu yang sepatutnya berlaku.

  ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 12 Jun 2020 || 10.10 pm
COPYRIGHT BY NJWA JAFF