سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
A new chapter added to our love story. May Allah ease the way untill our big day.
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 23 April 2025 || 10.30 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 23 April 2025 || 10.30 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
We plan, but Allah really decides.
When something we dearly love didn't work out, we lose ourselves in the process. We sometimes question the Qad'r. We get frustrated and tired. But, when you let your heart trust Allah and the true meaning of tawakkal, you will definitely be okay with things not working out the way you wanted them to be.
I have learned to accept that sometimes, what my heart wants is not good for me and as time passes by, I can only give myself the assurance that everything is already written by Allah and I should trust his timing for He made everything beautiful in his perfect time.
Allah in His time 🤍
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 17 February 2024 || 10.00 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 17 February 2024 || 9.30 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 16 February 2024 || 11.10 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 16 February 2024 || 10.50 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah,
Yaa Qayyum Yaa Alim.
Jika aku harus jatuh cinta lagi, jatuh cintakanlah aku dengan seseorang yang benar benar jodohku kerana aku benar benar tidak tahu siapa yang paling benar antara pilihanmu, temukan aku dengan seseorang yang membahagiakan kedua orang tuaku. Seseorang yang mampu membimbingku untuk lebih dekat denganMu.
Seseorang yang mencintai dan menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Seseorang yang tidak menduakanku. Seseorang yang mampu menerima kelebihan dan kekuranganku. Seseorang yang mampu menjaga dan melindungiku keranaMu.
Seseorang yang sabar dan tidak pemarah. Seseorang yang bila aku bersamanya aku merasa syurga lebih dekat denganku dan seseorang yang mampu membawaku sampai till Jannah-Mu. Aamiin Yaa Rabb 🤍
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 30 January 2024 || 9.00 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Invest more in your mind, soul, body, be a human. Be a better you 🌼
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 12 January 2022 || 6.25 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Sudah-Sudah lah Bunuh Jiwa Dengan Asyik Membandingkan Diri Dengan Orang Lain.”
Nampak macam perkara biasa. Tapi ya, ini lah realiti hidup. Kita pantang tengok orang lebih dari kita, pasti kita akan label diri sendiri sebagai seorang yang gagal. Kita kuat memberontak di sana sini. Kita seolah-olah anggap hidup kita suram, tiada masa depan. Sedangkan kita terlepas pandang rezeki di depan mata. Kita lahir dari keluarga yang supportive, makan minum cukup, ada tempat tidur yang selesa.Tetapi, kita masih rasa semua tidak cukup. Sedangkan tiap fasa kehidupan ada perjalanan yang tersendiri. Setiap perjalanan ada dugaan yang tersendiri. Dan perjalanan dan dugaan kita adalah tidak sama. Kita terus tekan diri sendiri sehingga membunuh jiwa tanpa sedar. Akhirnya, diri kita sendiri adalah penyebab jiwa kita terdorong ke lembah kehancuran hidup.
Ada orang gaji dia besar, tapi tuhan uji dia dapat anak down syndrome. Rupa-rupanya rezeki gaji besar dia untuk bahagiakan anak istimewa dia. Dalam hidup senang dia, ada ujian. Ada orang dia dapat kerja stabil, tetapi dia datang dari keluarga yang susah. Rezeki yang dia dapat juga adalah untuk dikongsi bersama keluarganya di kampung. Ada orang datang dari keluarga orang berada. Hidup serba senang dan mewah. Tetapi tuhan uji dia dengan ujian kerjaya. Tuhan dah susun cantik-cantik jalan hidup kita. Siang malam kita asyik fikir nasib hidup kita sampai seksa mental sendiri dan
“Akhirnya kita adalah punca mengapa mental kita terus sakit.”
Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan hidup. Hidup kaya raya pun diuji, pandai dalam pelajaran pun diuji, wajah cantik dan kacak pun diuji. Kehidupan adalah proses. Jika jatuh, sila bangun. Kalau penat berehat sebentar, kemudian teruskan bangkit tanpa menoleh ke belakang. Sudah-sudah lah asyik membuat perbandingan hidup, tidak semua orang ada apa yang kita ada.
“Kehidupan adalah pengembaraan dan proses pembelajaran,bukannya perlumbaan.”
Bila seseorang berada dalam keadaan marah, sakit hati atau sedih, sehingga tidak mampu untuk menunjukkan rasa cinta bahkan benci dengan sekelilingnya. Maka berhenti dan berundurlah sebentar dari segala kecelaruan dunia serta teruslah berduaan dengan Allah dalam keadaan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan kepada-Nya. Lantas memohon agar ditaburkan kembali benih cinta dan sayang untuk mencintai makhluk-Nya.
“Seseorang yang mencintai orang yang memusuhinya adalah seorang yang kuat.”
ما شاء الله
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kadang, Allah menyapa kita dengan ujian. Mungkin kita dah terlalu jauh, terlalu leka, terlalu lena dengan kesenangan dunia. Dan ujian itu tanda Allah masih pandang dan sayang. Saat kamu rasa banyaknya ujian menimpa dirimu, saat kamu rasa dunia ini seakan mahu membunuhmu. Cuba kamu fikir sejenak.
"Ujian ini sebenarnya untuk apa"
"Kenapa ia menimpa diri aku?"
Ya, ujian tanda Allah sayang. Ya, ujian hadir bersama kekuatan. Ya, ujian datang ikut kemampuan. Pernah kamu bersyukur saat diuji? Pernah kamu ucap:
"Alhamdulillah, terima kasih Allah. Ujian aku hanya sebegini, tetapi orang lain lagi berat daripada ini."?
Kenapa nak takut untuk harungi ujian? Sedangkan Allah berfirman dalam Al Quran, Surah Al Baqarah (2:153)
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
"Wahai orang yang beriman mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"
Nampak tak, kita tak keseorangan. Allah sentiasa ada. Sabar sabar sabar dan terus bersabar, itu kuncinya. Tiap kali rasa down, ingat ayat ni tau. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Kalian, jangan terlalu dahagakan perhatian dan belas ihsan manusia. Kadang, apa yang kita dapat itu hanya pura pura sahaja. Banyakkan mengadu pada Allah, Allah nak kita dekat dengan Dia sebab tu Dia timpakan ujian. Jangan lupa, nikmat juga salah satu ujian. Sama ada kita bersyukur atau tidak. Sakit mana pun ujian yang kalian lalui sekarang. Pujuk lah hati. "Allah ada, semua akan baik baik sahaja" dan senyumlah walau dengan air mata.
Kalian, jika dengan jatuh itu membuatkan kita belajar untuk bangun, jadikan lah ujian itu sebagai cara untuk kita kembali mencari Allah bukan sebaliknya. Kita hamba selayaknya diuji. Dan ujian kita berbeza beza antara satu sama lain. Namun, yang memberi ujian itu sama iaitu Allah SWT. Jadi, kembalilah padaNya kerana disitu jalan penyelesaian bagi setiap ujian yang kita alami. Tidaklah ujian itu hadir kecuali diiringi kekuatan. Moga kita semua dapat harungi ujian dengan semahal mahal kesabaran
Andai ada pelangi selepas hujan, pasti ada hikmah disebalik ujian. Demi Tuhan aku harus bertahan, kerana Tuhan aku teruskan perjuangan. Jangan pernah jemu sebarkan kebaikan, oleh itu manusia diciptakan. Tanda manusia sayang, mereka bagi perhatian. Tanda Allah sayang, Dia bagi ujian.
Mungkin dengan adanya ujian sebagai cara untuk kita ingat dan kembali kepadaNya. 💖
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 24 Jun 2021 || 2.05 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tuhan Selalu Menjaga Kita
Karena Tuhan tidak ingin kisah mu berakhir dengan luka. Maka dijauhkanmu daripada orang yang tidak sepatutnya meskipun kau sangat berharap kepadanya. Begitulah terkadang dalam hidup, ada insan yang kita jumpa hanya untuk melihatnya pergi. Ada yang kita kasih tetapi dia singgah hanya untuk meremukkan hati. Maka, jangan terlalu mengharap pada sebuah janji karena belum tentu semuanya akan mampu ditepati. Sekalipun sudah berkali-kali kau jatuh rebah. Bangun semula dan teruslah melangkah. Jika jatuh, bangunlah semula. Sesekali kau bisa lihat ke belakang, bukan memilih untuk berpatah semula cuma untuk mengingati pengajaran lepas agar kau bisa perbaiki apa yang pernah tersalah. Namun, jangan terlalu sering melakukannya. Bimbang nanti kau akan melewatkan sesuatu yang berharga dan bermakna yang sedang menantikanmu dihadapan sana.
Meskipun kau pernah kecewa berkali-kali sebelumnya, tidak adil jika kau menjadikan masa depanmu jadi berantakan. Inilah kehidupan yang mengajarkan kita tentang bagaimana menjalani ujian dengan sabar dan ikhlas. Mungkin saja kita sangat berharap pada sesuatu yang kita dambakan hari ini ataupun mungkin berusaha menghindari sesuatu yang sangat kita benci saat ini. Apapun yang sedang berlaku dan sedang kita alami saat ini, jangan pernah lupa bahawa kita tidak pernah dibiarkan sendiri. Kita dijaga, tapi tidak ingin selalu dijaga. Seringnya begitu. Kita diawasi, tapi selalu ingin bersembunyi. Kita sering diamati tetapi kita pura-ii untuk tidak peduli. Saat ini kita mungkin sedang dijatuhkan atau ditinggalkan. Dan itu pasti akan berulang bila-ii masa sahaja. Jatuh dari harapan, rebah dari impian termasuklah hal-ii berkait perasaan. Berat rasanya tetapi ia tetap harus dijalani dan diperjuangkan.
Dan tanpa kita sedar, Tuhan sebenarnya sedang mendidik kita untuk belajar menjadi lebih kuat dan asa menerima, menjalani dan mensyukuri hidup ini dengan penuh redha, ikhlas dan tawakal. Tidakkah itu mendekatkan lagi kita pada-Nya? Hadapi, jalani dan syukuri. InsyaAllah, akan kau temukan bahagia nanti. Sekalipun tidak di dunia, di akhirat pasti ada.
Hello dear, fighting okay. Don't be sad 😊
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 30 May 2021 || 6.37 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Mustahil...
Melupakan seseorang yang pernah membuat kamu bahagia, menjadi sesuatu hal yang rasanya mustahil untuk dilakukan. Semakin berusaha untuk menjauh, kamu akan menjadi pembohong yang luar biasa. Kamu merasa sudah baik-ii sahaja. Tetapi kenyataannya, setiap waktu yang dijalani masih tetap dia yang kamu fikirkan dan harapkan. Tidak perlu tergesa-gesa untuk melupakan dia. Hargai segala prosesnya, berusahalah ikhlas atas apa yang sudah dia ambil dari kamu. Jadikan rasa sakit dan semua kenangan indah menjadi bagian dari dirimu. Tidak perlu menguburnya terlalu dalam, jika pada akhirnya kamu sendiri yang menggalinya lagi. Mengikhlaskan tidak semudah ketika jatuh hati. Bila harus memilih antara jatuh berkali-kali di tempat yang sama atau memilih berkali-kali jatuh hati kepadanya, pasti kamu akan memilih jatuh hati kepadanya. Tetapi, segala hal yang kamu harapkan tentu tidak semuanya menjadi kenyataan. Siap atau tidak, kamu harus terima semua takdir yang Tuhan berikan. Terimalah semua itu sebagai bagian dari perjalanan hidup.
ما شاء الله
Sumber : Seketul Gadis
Najuwa Jaafar || 27 May 2021 || 3.00 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"10 Nasihat Syeikh Ali Jaber"
🌼 Ibarat Kupu-Kupu
"Kebahagiaan itu ibaratnya kupu-ii. Jika kau mengejarnya, ia melarikan diri darimu. Tapi jika kau duduk dengan tenang, ia akan turun ke tanganmu. Maka, bersabarlah karena sabar itu indah."
🌼 Harapan Baru
"Hidup tidak akan berhenti. Allah Subhanahu wa ta'ala akan mengiringinya dengan kelembutan dan rencana-Nya dengan harapan yang baru dan tekat yang tidak pernah hilang."
🌼 Bayangkan Rasulullah
"Saat kamu mengeluh sakit gigi, bayangkanlah Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam yang patah giginya (saat berperang di jalan Allah Subhanahu wa ta'ala). Saat kamu difitnah? Bayangkan Rasulullah yang dituduh penyihir dan orang gila."
🌼 Jangan Sebarkan Maksiatmu
"Jangan memberi tahu siapa pun tentang maksiatmu karena dua sebab: Pertama, karena maksiat bukan untuk dibanggakan. Kedua, karena manusia tidak akan melupakan keburukanmu, walaupun kau telah bertaubat."
🌼 Hati-Hati Dengan Hawa Nafsu
"Bila yang ditimpa musibah adalah orang yang kita cintai, maka kita akan mengatakan bahawa itu penghapus dosa. Bila yang ditimpa musibah adalah orang yang kita benci, maka kita akan mengatakan bahawa itu hukuman dari Allah Subhanahu wa ta'ala. Berhati-hatilah dari menghukumi takdir Allah sesuai hawa nafsu kita."
🌼 Allah Lebih Mencintaimu
"Jika seorang hamba tahu bagaimana Allah Subhanahu wa ta'ala mengatur seluruh hidupnya maka pasti dia akan tahu bahwa Allah lebih mencinta dia daripada kedua orang tuanya, maka otomatis hati pun akan condong untuk selalu mencintai Allah."
🌼 Hati Terluka Karena Kata
"Kaca yang pecah suaranya akan langsung hilang dan meninggalkan serpihan kaca yang melukai siapa yang menyentuhnya. Begitu juga perkataan yang melukai hati akan cepat hilang suaranya tetapi hatinya terluka untuk waktu yang lama. Oleh karena itu, jangan mengatakan sesuatu kecuali yang baik-ii sahaja."
🌼 Syukuri Apa Yang Kamu Miliki
"Jika kamu merasa sangat nyaman, aman dan tanpa rasa takut di kediamanmu, apalagi yang kamu harapkan selain hal itu atau kamu ingin mengambil lautan yang penuh dengan harta. Ucapkanlah: Puji dan syukur kepada Allah atas kebahagiaan yang kamu miliki dan akuilah nikmat tersebut dengan pengakuan yang tulus."
🌼 Wanita Yang Belum Berjilbab
"Saya sering bilang jangan pandangi wanita yang belum berjilbab, jangan dipandangi dia buruk barangkali dia punya dua rakaat Tahajud di sisi Allah sehingga menyebabkan terampuni semua dosanya. Kita tidak tahu apa urusan manusia sama Allah. Masing-ii punya rahasia sama Allah."
🌼 Jadikan Al-Quran Sahabatmu
"Hati akan mati tanpa Al-Quran. Hati akan keras jika tidak diobati dengan Al-Quran. Hati juga tidak akan bahagia kecuali dengan Al-Quran. Maka, jadikanlah Al-Quran sahabatmu yang selalu menemani. Sungguh Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lurus."
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 17 January 2021 || 10:00 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tidak semua orang faham apa yang kita rasa. Tak semua orang rasa macam mana kita sedang merasa perit, sakit, duka dan luka sesuatu itu. Kadang-ii kita fikir tentang orang lain tapi orang lain blame kita for everything. Nobody cares. Kadang-ii kita terpaksa membuat keputusan salah yang menyakitkan hati kita hanya kerana untuk melihat orang lain tersenyum bahagia.
Susah untuk kita nak puaskan hati semua orang. Pasti ada sahaja kritikan dan tomahan yang akan dilemparkan. Bukan mudah nak hidup jadi manusia, banyak perkara yang perlu dilalui dan diterokai untuk menjadikan kita lebih dewasa. Susah kalau dah terangkan sepuluh kali tetapi masih tidak faham. Jadi inilah cara untuk kita lebih memahami dan kini kita pasti ramai yang mengerti hidup jadi manusia memang susah.
Kita cari kekuatan yang ada dalam diri, kita pujuk diri sendiri. Beri semangat kepada diri sendiri dan jangan mengharap pada orang lain. Bisikkan pada diri sendiri, "Aku mampu menghadapi semua dugaan dengan izin Allah". Bermohonlah, merayulah pada Allah. Berdiri atas kaki sendiri.
Hidup ini ada pasang surutnya. Kadang kita disayangi. Kadang kita dibenci biar pun tanpa alasan, tanpa sebab yang muhasabah. Jadi, ingat jangan berkecil hati jika orang salah faham terhadap kita. Allah faham akan isi hati kita. Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita kerana tiada hakim sebaik Allah. Tenanglah.
Ada baiknya kita menangis di hadapan Allah. Curi perhatian Allah. Mengadu pada Allah. Allah akan sentiasa pedulikan kita, selamanya. Tidak seperti manusia yang acap kali meninggalkan kita. Bersimpati pula hanya sementara.
Utamakan dulu hati sendiri. Kerana untuk memuaskan hati manusia cukup tidak mudah. Kerana sekeras apa pun usaha kita, tetap juga tersakiti. Selamat membaca ❤
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 07 January 2021 || 2:24 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hello December. ⭐
Today is day 362 of 366. I still can't believe next Friday we'll be in 2021 already. Time flies too fast and it scares me somehow.
In this 2020. The biggest lesson I learned is not to force anything. Conversation, friendship, attention and love. Anything forced has never last long.
Since it's the last month of the year, I would to thanks everyone who made me smile this year and I just wanna say thank you to all people who have been part of my life this 2020. Tahun ini banyak mengajarkan cara untuk membangun dari kejatuhan. Tahun ini telah membuka mata kepada kita siapa yang benar-ii setia menemani, yang tidak pernah jadikan jarak sebagai alasan. Tahun 2020 adalah tahun membentuk. Moga tahun seterusnya adalah tahun menakluk. Menakluk cahaya, menakluk mimpi. Moga bahagia masih sudi memeluk.
Final week before we enter 2021. Let's make it a great one. ❤
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Dear myself,
You did well this year. You met new people, learned new things and felt new feelings. There were some really though nights but you survived them all. 2020 was your year of growth. I hope you take a moment to be kind to yourself, and believe that 2021 will be even better for you. 🎕
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 28 December 2020 || 8:02 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Bila Perempuan Sudah Matang"
Perempuan yang sudah matang akan berhenti dari menghukum dan menilai orang lain dan memfokuskan ke arah perbaiki diri sendiri. Perempuan yang sudah matang boleh menerima pendapat orang lain. Perempuan yang sudah matang berani melepaskan kenangan lama tanpa perlu menyimpan dendam. Perempuan yang sudah matang akan melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian orang lain dan tidak tersinggung walaupun dihina, dikeji dan dimaki.
Perempuan yang sudah matang akan berhenti berharap pada hal yang tidak pasti. Perempuan yang sudah matang tidak akan sibuk untuk bergosip, membuka aib orang, mengumpat dan sebagainya. Perempuan yang sudah matang tidak akan melayan toxic and negative vibe, apatah bergaduh di hadapan public, spam status whatsapp atau story untuk memerli atau menyindir orang lain. Perempuan yang sudah matang seorang yang berani mengambil risiko. Perempuan yang sudah matang tidak akan menggunakan emosi untuk menyelesaikan konflik atau masalah yang datang.
Perempuan yang sudah matang tidak akan membuang masa berkorban untuk orang lain yang tidak menghargai, akan setia dan menjadikan cintanya adalah cinta yang diredhai, menyibukkan dan mengurus hal kehidupan dan fokus pada masa hadapan. Tujuannya adalah membina rumahtangga bukan bercinta lalu putus dan bercinta sekali lagi. Yang penting hubungan dia bersama dengan Allah sangat kuat dan utuh.
ما شاء الله
Sumber dari: Hananiarara
Najuwa Jaafar || 31 Oktober 2020 || 3:20 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Ways To Gain Mental Peace"
Never ever fall in love with someone who is not healed or is heartbroken because you will end up getting hurt. A broken heart can never love. Stop trusting the words and observe the actions. Then only show your emotional part to the person. Kill the mindset that people who loves you can never leave you. People change with the situations. Everything is temporary except you. So accept everything which is going to happen by giving priority to yourself only. Don't give the key to your happiness in someone's hand. Stop replying to the texts or calls that gives you confused and mixed feelings. Stop being available for the world and start being available for yourself. If you can't leave someone (toxic) because of situations then accept them as they are and start being selfish for your own happiness. Without thinking over, cut all the connections with the people who gives you negative vibes. ❤
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 8 September 2020 || 2:44 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Thank You Sis Nadia Jamhari"
Alhamdulillah, Njwa diberi rezeki untuk menang dalam segmen giveaway by Nadia Jamhari. So, hadiahnya adalah Body Mist 250 ml by Victoria's Secret and Njwa pilih Mango Temptation Fragrance Mist disebabkan Njwa suka bau buah-buahan. Actually, perfume by Victoria's Secret ni adalah salah satu kesukaan Njwa selain daripada perfume by Syahirah Vitalis Empress.
Why did I choose Mango Temptation Fragrance Mist?
❀ Suitable for daily use.
❀ Refreshing and scented body mist.
❀ Help relaxing the body.
❀ With an exotic kiss of mango nectar and sexy hibiscus.
❀ Mist over body after shower or bath for delicately scented skin.
For information, Sis Nadia Jamhari merupakan trusted seller untuk perfume Victoria Secret Original. So, kalau korang nak order atau apa-ii, sila lawat Instagram nie @victoriasecret_bynj.
Again, Thank You :)
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 7 September 2020 || 4:17 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Whatever Will Be, Love Yourself"
To the woman holding her phone, reading this right now...
I have no idea where you are right now, I don't even know your name but I believe that when your heart finds these words, you will arrive to this moment with the weight of the world on your shoulders while struggling with the loneliness you've been feeling.
I need you to know that there will always be a joy in your heart despite the sadness you've faced. Beneath all the pain you feel right now is everything you've always wanted and because you've searched for love in the wrong person, you have forgotten that you were always capable of providing yourself with everything you need.
Again, I know I'm just a stranger and maybe I'm wandering too far over the line into your life and maybe it's just none of my business but I cant't help it, the desire to help you has brought me here where you can read these words. You're holding your phone on the verge of breaking down. You're tired of fighting, you're tired of being strong. You're tired of loving without being loved. But even with a storm cloud hovering above your head, you've arrived to this moment and that just means you're a survivor.
You can't keep someone who doesn't belong in your life and there is no future with someone who can only fit in your past. You can't love a person into loving you back and this is why you must love yourself enough to walk away.
I hope these words are enough to remind you that you have always been the hero in this story and if for some reason I've failed at reaching you, I will try once more at another time. Have a nice day :)
ما شاء الله
Written By: R.H Sin Najuwa Jaafar || 7 September 2020 || 3:30 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
-One book recommendation or one book in your wishlist-
"Do Not Use Someone's Heart To Heal Yours."
Jangan gunakan seseorang sebagai tempat merawat luka yang ditinggalkan oleh yang lain.
Menjadikan dia sebagai tempat untuk kamu bernaung dikala awan mendungmu berhujan. Lalu kamu meninggalkan setelah harimu kembali menyinari.
Yang diharapkan kamu bergelar penetap di hatinya, walhal dia hanyalah tempat perteduhan yang kamu singgah buat sementara.
Menjadikan kamu tiada beza dengan orang yang melukaimu kerana menaruh harapan dengan sengajanya sama seperti melukakan.
Kini, siapa hakikatnya yang sedang melukakan siapa?
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 23 August 2020 || 3:55 pm
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Another giveaway Njwa join iaitu dari Sis Leo "520 Giveaway By Garaeki"
"I am giving away RM50 and RM20 Bookxcess gift cards to 2 of you! One of you will get RM50 and one of you will get RM20. There will be 2 winners. Bookxcess is a great place if you are looking to buy a variety of books at a low price. I think this is a great way for you to expand your book collection or for those who are going to start reading books, this is your chance to get it for free!"
❀❀❀❀❀❀❀❀
-One book recommendation or one book in your wishlist-
Being a Quran Tag Girl By Ayesha Syahira.
Synopsis:
Are you in love with your Quran?
Do you know that exhausting feeling of searching high and low for a true meaningful love and life purpose of this life?
"That was exactly how I feel about the Quran. I was so busy finding happiness and love to fill the emptiness in my heart. None worked. Until I find the Quran."
Building a relationship with Quran cannot happen in one day. It will take years.
It will be a long journey of trying to fall in love with the Quran, but it will be worthwhile.
❀❀❀❀❀❀❀❀
-Tag at least 1 blogger and let them know-
Njwa tag Sis AtieZieya
❀❀❀❀❀❀❀❀
-Your Instagram username-
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 23 August 2020 || 3:40 pm