Wednesday

Ujian Tanda Allah Sayang


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kadang, Allah menyapa kita dengan ujian. Mungkin kita dah terlalu jauh, terlalu leka, terlalu lena dengan kesenangan dunia. Dan ujian itu tanda Allah masih pandang dan sayang. Saat kamu rasa banyaknya ujian menimpa dirimu, saat kamu rasa dunia ini seakan mahu membunuhmu. Cuba kamu fikir sejenak. 

"Ujian ini sebenarnya untuk apa" 

"Kenapa ia menimpa diri aku?" 


Ya, ujian tanda Allah sayang. Ya, ujian hadir bersama kekuatan. Ya, ujian datang ikut kemampuan. Pernah kamu bersyukur saat diuji? Pernah kamu ucap: 


"Alhamdulillah, terima kasih Allah. Ujian aku hanya sebegini, tetapi orang lain lagi berat daripada ini."?


Kenapa nak takut untuk harungi ujian? Sedangkan Allah berfirman dalam Al Quran, Surah Al Baqarah (2:153)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ  ۚ  إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

"Wahai orang yang beriman mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"


Nampak tak, kita tak keseorangan. Allah sentiasa ada. Sabar sabar sabar dan terus bersabar, itu kuncinya. Tiap kali rasa down, ingat ayat ni tau. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Kalian, jangan terlalu dahagakan perhatian dan belas ihsan manusia. Kadang, apa yang kita dapat itu hanya pura pura sahaja. Banyakkan mengadu pada Allah, Allah nak kita dekat dengan Dia sebab tu Dia timpakan ujian. Jangan lupa, nikmat juga salah satu ujian. Sama ada kita bersyukur atau tidak. Sakit mana pun ujian yang kalian lalui sekarang. Pujuk lah hati. "Allah ada, semua akan baik baik sahaja" dan senyumlah walau dengan air mata. 

Kalian, jika dengan jatuh itu membuatkan kita belajar untuk bangun, jadikan lah ujian itu sebagai cara untuk kita kembali mencari Allah bukan sebaliknya. Kita hamba selayaknya diuji. Dan ujian kita berbeza beza antara satu sama lain. Namun, yang memberi ujian itu sama iaitu Allah SWT. Jadi, kembalilah padaNya kerana disitu jalan penyelesaian bagi setiap ujian yang kita alami. Tidaklah ujian itu hadir kecuali diiringi kekuatan. Moga kita semua dapat harungi ujian dengan semahal mahal kesabaran

Andai ada pelangi selepas hujan, pasti ada hikmah disebalik ujian. Demi Tuhan aku harus bertahan, kerana Tuhan aku teruskan perjuangan. Jangan pernah jemu sebarkan kebaikan, oleh itu manusia diciptakan. Tanda manusia sayang, mereka bagi perhatian. Tanda Allah sayang, Dia bagi ujian. 


Mungkin dengan adanya ujian sebagai cara untuk kita ingat dan kembali kepadaNya. 💖


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 24 Jun 2021 || 2.05 pm

No comments:

Post a Comment

Thank You For Spending Your Time Here. Come Again :)

COPYRIGHT BY NJWA JAFF