Friday

Put Your Trust In Allah

  سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Benar, tidak ada satupun manusia lain tahu betapa kuatnya dirimu menjaga, mengawal fikiran serta keadaan mentalmu. Mereka hanya tahu bahawa garis tawamu itu wujud bahagia dan diammu itu benar-ii tenang walau hakikatnya adalah sekadar topeng sahaja.

Setiap hembusan nafas yang keluar hanya lah untuk menemukan rasa tenang, namun kau hanya menemukan rasa kecewa, takut serta cemas yang hampir mengorbankan nyawamu sendiri.  Tetapi, cubalah untuk berdamai dengan keadaan, cubalah untuk berdamai dengan apa yang tidak mampu kita ubah, cubalah untuk menerima setiap perkara yang terjadi kerana "ikhlas" selalu menjadi pengakhiran yang terbaik. 🤍

Dan ingatlah, ketika kamu menerima kekecewaan dalam hidup, percayalah dan yakin Allah akan membayar tuntas kekecewaanmu itu dengan beribu kebaikan. ⭐
-Ali bin Abi Thalib-

Terkadang, beban yang kamu pikul itu merupakan sebab keselamatanmu. Maka, tidak peduli seberapapun muatan bebanmu, tetap katakan "Alhamdulillah". 🤍🌈

Allah tidak berjanji kalau kamu bersabar pasti urusanmu ringan, tetapi Allah berjanji kalau kamu bersabar, Allah yang akan membersamai episode perjalananmu.

Adakah ada peneman yang lebih baik daripada Allah?


ما شاء الله


Najuwa Jaafar || 16 February 2024 || 11.10 pm

No comments:

Post a Comment

Thank You For Spending Your Time Here. Come Again :)

COPYRIGHT BY NJWA JAFF