Friday

Spread Positive & Love ❤️

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Sudah-Sudah lah Bunuh Jiwa Dengan Asyik Membandingkan Diri Dengan Orang Lain.”

Nampak macam perkara biasa. Tapi ya, ini lah realiti hidup. Kita pantang tengok orang lebih dari kita, pasti kita akan label diri sendiri sebagai seorang yang gagal. Kita kuat memberontak di sana sini. Kita seolah-olah anggap hidup kita suram, tiada masa depan. Sedangkan kita terlepas pandang rezeki di depan mata. Kita lahir dari keluarga yang supportive, makan minum cukup, ada tempat tidur yang selesa.Tetapi, kita masih rasa semua tidak cukup. Sedangkan tiap fasa kehidupan ada perjalanan yang tersendiri. Setiap perjalanan ada dugaan yang tersendiri. Dan perjalanan dan dugaan kita adalah tidak sama. Kita terus tekan diri sendiri sehingga membunuh jiwa tanpa sedar. Akhirnya, diri kita sendiri adalah penyebab jiwa kita terdorong ke lembah kehancuran hidup.

Ada orang gaji dia besar, tapi tuhan uji dia dapat anak down syndrome. Rupa-rupanya rezeki gaji besar dia untuk bahagiakan anak istimewa dia. Dalam hidup senang dia, ada ujian. Ada orang dia dapat kerja stabil, tetapi dia datang dari keluarga yang susah. Rezeki yang dia dapat juga adalah untuk dikongsi bersama keluarganya di kampung. Ada orang datang dari keluarga orang berada. Hidup serba senang dan mewah. Tetapi tuhan uji dia dengan ujian kerjaya. Tuhan dah susun cantik-cantik jalan hidup kita. Siang malam kita asyik fikir nasib hidup kita sampai seksa mental sendiri dan 

“Akhirnya kita adalah punca mengapa mental kita terus sakit.”

Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan hidup. Hidup kaya raya pun diuji, pandai dalam pelajaran pun diuji, wajah cantik dan kacak pun diuji. Kehidupan adalah proses. Jika jatuh, sila bangun. Kalau penat berehat sebentar, kemudian teruskan bangkit tanpa menoleh ke belakang. Sudah-sudah lah asyik membuat perbandingan hidup, tidak semua orang ada apa yang kita ada.

“Kehidupan adalah pengembaraan dan proses pembelajaran,bukannya perlumbaan.”

Bila seseorang berada dalam keadaan marah, sakit hati atau sedih, sehingga tidak mampu untuk menunjukkan rasa cinta bahkan benci dengan sekelilingnya. Maka berhenti dan berundurlah sebentar dari segala kecelaruan dunia serta teruslah berduaan dengan Allah dalam keadaan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan kepada-Nya. Lantas memohon agar ditaburkan kembali benih cinta dan sayang untuk mencintai makhluk-Nya. 

“Seseorang yang mencintai orang yang memusuhinya adalah seorang yang kuat.”

ما شاء الله


Sumber : #PijahSharing
Najuwa Jaafar || 02 July 2021 || 10.00 pm

2 comments:

  1. Kerana cerita kita yangg berbeza menjadikan kehidupan ini menjadi warna warni

    ReplyDelete
  2. syukur selalu... semua orang ada bahagian masing-masing...

    * done follow sini.. salam kenal....

    ReplyDelete

Thank You For Spending Your Time Here. Come Again :)

COPYRIGHT BY NJWA JAFF