سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tidak semua orang faham apa yang kita rasa. Tak semua orang rasa macam mana kita sedang merasa perit, sakit, duka dan luka sesuatu itu. Kadang-ii kita fikir tentang orang lain tapi orang lain blame kita for everything. Nobody cares. Kadang-ii kita terpaksa membuat keputusan salah yang menyakitkan hati kita hanya kerana untuk melihat orang lain tersenyum bahagia.
Susah untuk kita nak puaskan hati semua orang. Pasti ada sahaja kritikan dan tomahan yang akan dilemparkan. Bukan mudah nak hidup jadi manusia, banyak perkara yang perlu dilalui dan diterokai untuk menjadikan kita lebih dewasa. Susah kalau dah terangkan sepuluh kali tetapi masih tidak faham. Jadi inilah cara untuk kita lebih memahami dan kini kita pasti ramai yang mengerti hidup jadi manusia memang susah.
Kita cari kekuatan yang ada dalam diri, kita pujuk diri sendiri. Beri semangat kepada diri sendiri dan jangan mengharap pada orang lain. Bisikkan pada diri sendiri, "Aku mampu menghadapi semua dugaan dengan izin Allah". Bermohonlah, merayulah pada Allah. Berdiri atas kaki sendiri.
Hidup ini ada pasang surutnya. Kadang kita disayangi. Kadang kita dibenci biar pun tanpa alasan, tanpa sebab yang muhasabah. Jadi, ingat jangan berkecil hati jika orang salah faham terhadap kita. Allah faham akan isi hati kita. Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita kerana tiada hakim sebaik Allah. Tenanglah.
Ada baiknya kita menangis di hadapan Allah. Curi perhatian Allah. Mengadu pada Allah. Allah akan sentiasa pedulikan kita, selamanya. Tidak seperti manusia yang acap kali meninggalkan kita. Bersimpati pula hanya sementara.
Utamakan dulu hati sendiri. Kerana untuk memuaskan hati manusia cukup tidak mudah. Kerana sekeras apa pun usaha kita, tetap juga tersakiti. Selamat membaca ❤
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 07 January 2021 || 2:24 pm
rahsia hati tak siapa yg tahu kan , org tak tahu how kita avoid rasa apa yang dirasa :(
ReplyDeleteYou're such a sweet girl <3 and kinda look similar to one of my close friends ehhee
ReplyDelete