Wednesday

Moga Bermanfaat.



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




"Macam Mana Nak Urus Hati Bila Suka Seseorang?"

Dapatkan pemikiran yang rasional.
Bila kita jatuh cinta, kita akan sayang orangnya. Kadang boleh gembira hanya kerana dia gembira dan kadang boleh sedih bila dia sedih. Lebih parah kita angau. Kita takut kita risau, dia jodoh kita ke? Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, kalau saya akan ceritakan rasa hati saya pada orang yang matang, yang baik, dipercayai dan dapat bantu saya untuk berfikir dengan matang dan rasional. Selalunya ibu ayah, adik beradik dan sahabat yang ada ciri-ii tadi. Ya, saya ceritakan agar mereka beri nasihat dan bimbing saya. Bila cerita pada mereka, mereka boleh tanya balik pada kita sampai kita berfikir dengan betul. Kenapa sebenarnya kita suka orang itu? Suka ke, cinta ke, kagum ke, apa je sebenarnya perasaan kita nie? Dan kalau kita rasa memang sayang, kita akan fikir sejauh apa kita nak hidup dengan dia. Sesuai ke? Contohlah: awak orang Kelantan, awak jatuh hati dekat orang Sabah. So, bila awak berbincang dengan parents, mereka akan buat awak sedar what it takes to be with that person, dan di situ awak akan refleksi diri betul-ii. Koreksi diri, betul ke aku nie?. So, itulah yang pertama iaitu berfikirlah dengan matang dan rasional. Bukan hanya ikut perasaan sahaja. Kalau mampu berfikir sendiri dan tidak mahu cerita pada sesiapa, silakan. Tapi nasihat orang yang baik akan membantu. Bahkan, kalau kata sahabat kita itu soleh solehah, dia akan ingatkan kita, bantu kita jaga hati, jaga diri bila kita dekat dengan orang yang kita suka. Mungkin dia akan ingatkan supaya kita tidak memandang dan sebagainya.

Hamburkanlah cinta itu ke dalam doa dan istikharah.
Ini sepatutnya yang pertama cuma sengaja saya letak di nombor dua. Awak tahu yang hati awak boleh merasa sayang, cinta dan sebagainya adalah fitrah yang Allah bagi. Bersyukurlah. Awak normal iaitu jatuh hati pada jantina berlawanan. Allah yang beri rasa itu, Maha Tahu apa yang awak rasa, kepada siapa awak jatuh hati. Allah tahu semuanya. Andai malu, andai rasa berdosa, rasa salah, sedih, risau, rindu dan apa sahaja luahkan sahaja dekat Allah. Cerita pada Allah, minta pada Allah. Saya suka berdoa macam ini, "Kalau benar dia yang terbaik, peliharalah cinta yang berputik, bimbinglah, satukanlah kami pada saat yang tepat, peliharalah dari kemurkaanMu dan satukan dengan rahmatMu. Namun, andai hadirnya hanya ujian dan persinggahan, mudahkanlah hati ini untuk berpaling dan gantikan dengan yang jauh lebih baik." panjang lagilah dan tambah pula dengan doa istikharah seperti yang Baginda Nabi SAW ajarkan, pohonlah sepenuh hati. InsyaAllah hati kita akan tenang. Sebab kita tahu, kita yakin dan percaya yang Allah akan jaga kita dan dia. Istikharah lah tanya pada Allah, kenapa rasa kasih ini dicampakkan.

Jadilah seorang pencinta yang baik dan sejati.
Walau tidak semestinya orang itu jodoh kita, selagi kita dalam mencari jawapan dan keyakinan hati, sementara rasa suka masih berputik, jadilah pencinta yang baik. Jangan ganggu dia, jangan paksa dia, jangan suka-ii hati mengaku dekat orang lain bahawa dia dengan kita. Cintailah seseorang dengan penuh kehormatan. Tahan rasa cinta itu dalam hati. Buat baik seperti kebaikan kepada semua orang sahaja. Nak cuba usaha dekatkan hati dia, boleh dengan berpada-pada dan berbatas tapi jangan paksa dia suka kita kembali. Pencinta yang sejati, dambakanlah kebahagiaan untuk orang yang kita sayang. Kalau bahagia dia bukan dengan kita, ikhlaskan. Bagai sebuah pesan, jika kita hanya suka, kita akan petik satu bunga dan nanti bila layu, kita akan buang. Namun, jika kita cinta, kita akan siram dia, jaga dia dan akan bertumbuh mekar. Begitulah. Percayalah, saat kita memilih untuk tenang dan tidak memaksa, insyaAllah Allah akan mudahkan kita untuk turut bahagia dalam keredhaan.

Andai tahu diri belum bersedia untuk nikah, maka tahanlah rasa yang berputik. Tahan, dalam diri anda sahaja. Kalau sudah mahu melangkah ke arah pernikahan, maka ambillah langkah yang tepat. Matangkan fikiranmu, tenangkan hati dengan berpaut kepada Allah, dan jadilah seorang insan yang baik. 

Cinta itu tidak salah, tapi kasihan hatimu andai begitu liar menyukai ramai orang. Usahlah terlalu cepat mempercayai bisikan hati, boleh jadi ia cuma mainan rasa, boleh jadi cuma tipu daya syaitan durjana. Jadikanlah cinta, kasih, rindu kita mahal nilainya hanya untuk yang berhak. 

Bersabarlah di saat Allah menguji, bisikkan kembali kepada hatimu "Inni Akhafullah", sesungguhnya aku takut kepada Allah.


ما شاء الله

Sumber dari: Arisya Amru
Najuwa Jaafar || 29 July 2020 || 6:00 pm

Monday

Bercinta Selepas Nikah Adalah Lebih Baik


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



"Macam Mana Nak Kahwin Kalau Tak Couple?"

Kalau korang tak atau belum couple lagi, maka bertaqwalah kepada Allah. Apa maksud taqwa? Ikut perintah Allah dan jauhi larangan Allah dengan bersungguh-sungguh. Bukan sambil lewa!

Kalau korang sedang couple, maka bertaqwalah kepada Allah dan putuskan hubungan korang dengan pasangan korang. Mana tahu korang clash sebab nak taat perintah Allah, ada berkat dan rahmat Allah turunkan kepada korang.

Kalau korang masih student lagi, belajarlah bersungguh-sungguh. Dapatkan 4 flat ataupun straight A's. Jangan fikir tentang cinta bagai dulu. Kalau korang sekali dah terperangkap dalam bab cinta-ii nie, percayalah korang mesti akan ketagih.

Korang belajar pun, nak whatsapp dengan partner. Kalau boleh nak study sama-ii. Kalau dah study sama-ii, memang tak akan fokus lah. Trust me!

Tapi kami bercinta sebab Allah. Kami tak buat apa-ii maksiat. Kami tak pegang tangan. 

Kalau saya boleh ketuk dengan tulang rusuk kiri, saya dah ketuk. Tapi saya masih tak kejam lagi.

Korang bukan bercinta sebab Allah, tapi korang bercinta sebab nafsu syahwat. Kalau korang cintakan Allah dan Rasul-Nya, korang tahu ikhtilat itu Haram. Menghampiri zina itu juga Haram.

Kalau korang dah bercinta, mesti korang lupakan Allah. Buktinya?

Korang solat pun lambat sebab nak reply whatsapp dulu. Korang tidur pun lambat sebab phone call ataupun whatsapp sampai pukul 3 atau 4 pagi. Lepastu bangun subuh lambat. Korang solat pun tak khusyuk sebab teringat-ingat dan macam-ii lagi. Ini bercinta sebab Allah? Ini namanya nak melupakan Allah. 

Kalau korang dah masuk universiti, korang bersungguh nak kahwin, make sure korang yakin bahawa korang memang dah bersedia nak kahwin. Bukan kerana ikut atau dengar ceramah tentang kahwin awal atau melihat kawan-ii korang yang dah kahwin, terus korang rasa nak kahwin.

Bersedia ini erti kata:
Korang dah tahu apa hukum hakam dalam fiqh munakahat. 
Korang dah ada kewangan yang boleh menampung
Korang dah bersedia dari segi mental yang paling tinggi.
Korang boleh berkahwin dalam masa terdekat (paling terbaik kurang dari setahun bertunang)
dan yang paling penting...
Korang ada sebab yang kukuh kenapa korang nak kahwin masa belajar. Sebab itu saya cakap, kahwin jangan ikut orang. Jangan, nanti korang menyesal. Kahwin ikut sunnah, bukan ikut orang.

Saya pernah jumpa pasangan yang dah kahwin waktu masih belajar, lepastu menyesal kahwin awal. Kahwin ini bukan perkara yang boleh dibuat main-ii. Ia melibatkan tanggungjawab, maruah, harta, kehormatan, bahkan hubungan kekeluargaan. Ia bukan cinta cintun semata-mata.

Kalau dah bersedia nak kahwin?

Jangan lupa, bersedia ini memang betul-ii bersedia! Bukan bersedia nak kahwin 5 tahun lagi.

Bukan! Bersedia nak kahwin ni contohnya,

Kalau keluarga perempuan itu nak korang kahwin minggu depan, korang boleh kata pada keluarga perempuan tu, 

"No hal mak cik dan pak cik. Anytime anywhere. I'm well prepared! Ohyeah!!"

So maksudnya, korang dah boleh nak kahwin dalam masa terdekat. (Kurang dari setahun adalah paling terbaik. Lagi cepat lagi bagus).

Ha, baru betul.

Okay, kalau korang dan betul-ii bersedia nak kahwin, maka cari orang tengah untuk bantu korang atau untuk memulakan proses perkenalan. Sebaiknya begitu. 

Siapa yang mahram dengan korang. Abang, Kakak, Emak, Ayah dan sebagainya. Kalau dah tak ada, cari ustaz atau ustazah yang dah berkahwin, kemudian minta mereka untuk jadi orang tengah.

Contoh seorang lelaki.
Kalau lelaki itu dan bersedia nak kahwin tetapi masih tiada calon, boleh cari ustaz yang korang rapat dan dah berkahwin, minta pandangan dia tentang calon mana yang okay. Lepas dia bagi cadangan, dan korang pun setuju, minta ustaz tu menjadi wakil korang. Jangan ustaz tu pula yang meminang sudah. Melepas korang nanti. Kalau perempuan tu bersetuju, terus jumpa keluarga perempuan tu dalam masa terdekat. Tapi ingat, jangan pula korang mengatal-gatal whatsapp atau mesej perempuan secara berdua-duaan. Sama je korang berikhtilat. 

Jadi, macam mana nak contact? 
Buat whatsapp group, dalam group tu pastikan ada korang, perempuan tu, mahram korang dan mahram perempuan tu. Supaya perbualan korang dengan perempuan tu terjaga. Korang akan bincang benda penting seperti tarikh kahwin, hantaran, kos dan sebagainya. Bukannya tanya, "Ayang dah makan? Ayang sihat?" -_-

Bagaimana perempuan pula?

Perempuan pun boleh buat benda yang sama. Boleh je melamar lelaki tu guna orang tengah. Tiada masalah. Khadijah radiyallahu anha melamar Rasulullah mengunakan orang tengah juga. Jangan pedulikan istilah "perigi cari timba"..

Yang penting korang jaga ikhtilat, tunduk pandangan, jaga percakapan, jaga batas-ii agama, jalan je.. Korang juga nak kahwin, bukan orang lain. 

Kalau nak cari pasangan sendiri?

Boleh je nak cari sendiri. Tapi dengan syarat..

Mesti jaga ikhtilat, jaga pandangan (tunduk pandangan), jaga kata-ii, jaga batas-ii agama, dan yang paling penting ada orang tengah. Orang tengah ni mesti dah kahwin dan faham dan amalkan agama. Tak semestinya ustaz atau ustazah. Yang penting bukannya jenis kaki couple juga. Memang tak jalan lah cara ni.

Kenapa kena ada orang tengah?
Supaya korang punya perbualan tak terlajak-lajak. Nabi kan dah sebut, kalau dah berdua, syaitan akan jadi orang ketiga. Walaupun di alam siber.

Nak cari dekat mana?
Cari je dekat mana-ii. Dekat kuliah ke, dekat universiti ke, dekat tempat kerja ke, dekat facebook ke, atau dekat mana-ii lah.. Yang penting jaga syarat-ii yang dah diberitahu dan mesti ada orang ketiga. Kalau korang berdua je, memang ke laut lah jawabnya..

Kalau tak jumpa pasangan atau tiada siapa yang nak dekat korang?

Takpe, jangan risau. Ramai je yang mati dalam dunia ni tak sempat kahwin pun. Jangan kalut-ii. Tapi jangan pula tak nak kahwin, berat jugak.. Rileks sudah. Teruskan kehidupan, dan teruskan usaha mencari. Jangan putus asa. Tapi kalau tak ada jodoh dalam dunia, percayalah dekat akhirat nanti korang akan jumpa pasangan korang. Percayalah :)

Mereka telah melupakan Allah, Allah juga melupakan mereka. (At-Taubah 67)

ما شاء الله

Sumber dari: Tarbiah Sentap
Najuwa Jaafar || 27 July 2020 || 6:00 pm

Sunday

#TipsMoveOn



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






"Macam Mana Nak Move On"


Buang segala kenangan dengan dia. 
Nak buang memori dalam minda sukar sedikit jadi kita buang kenangan visual yang pernah dia hadiahkan. Contohnya: Baju, beg, buku, tudung, jam tangan dan semua benda fizikal. Jangan sesekali simpan. Makin lama kita simpan, makin lama kita tengok, makin nangis bucu katil, makin susah untuk kita padam kenangan dari ingatan. Beri sahaja hadiah itu kepada orang yang kita tidak akan jumpa lagi contohnya buat gift preloved dalam online atau wakafkan pada orang yang kurang berkemampuan. 


Block atau unfollow media sosial dia. 
Ini paling penting. Block atau unfollow supaya kita tidak terganggu dengan aktiviti harian dia yang buat kita makin susah untuk move on. Unfollow juga media sosial kawan-ii dia. Bukan apa, nanti buka facebook lepastu muncul newsfeed mereka tengah holiday, tengah outing, tengah mengopi, akhirnya kita juga yang sakit kan?


Sibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat. 
Kita tidak boleh lari dari teringat dia. Itu lumrah. Jadi cara terbaik ialah meminta perlindungan Allah dengan membaca istiazah (mohon perlindungan) sebab syaitan akan cucuk kita untuk selalu down dan lemah. Lemah bukan sifat muslim sebab lama kelamaan membawa kepada putus asa dan jika tidak dikawal, bimbang kita dihasut syaitan pula untuk membunuh diri. Nauzubillah. Cari ilmu kenal Allah, kenal diri, self improvement, self care, self worth, self love, fikir tambah nilai pada diri biar kuat jiwa dan kuat istighfar. Mungkin apa yang berlaku adalah kesan daripada dosa silam kita. Fokus pada redha Allah, nanti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.


Buat list apakah yang buat saya jatuh cinta pada dia (ex)?
Ingat balik apakah sebab utama saya jatuh cinta pada dia? Sebab caring? Penyayang? Lemah lembut? Serasi? Memahami? Baiklah. Sekarang ambil semua sifat di atas dan letakkan pada asmaul husna iaitu nama-ii Allah. Jika sayang ex kerana lemah lembut, bukankah Allah Maha lemah lembut? Kalau sayang ex kerana penyayang, bukankah Allah Maha penyayang? Kalau sayang ex sebab memahami, bijaksana, penyabar, mendengar, melindungi, pemaaf, bukankah Allah Maha di atas semua sifat di atas. Jadi kenapa kita bergantung pada manusia yang  kurang jika Allah pemilik segala kelebihan kan.


Sayang dan bergantunglah sepenuhnya pada Allah pemilik segala kelebihan. Baru Manusia.


ما شاء الله
Sumber dari: Saidatul Husna
Najuwa Jaafar || 26 July 2020 || 7:03 pm
 


 

Thursday

Terima Kasih Ayah


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Kisah Cinta Ayah Buatmu, Muslimah"




Ayah, yang besar cintanya walau tak terluah dengan kata.

Ayah, yang mungkin terlihat garang tetapi hatinya terlalu risaukan masa depanmu.

Ayah, yang menitis air matanya diam-ii dan kamu tidak pernah tahu.

Ayah, yang selalu memendam risau namun bibir memaksa senyuman.

Ayah, yang pernah tidur malamnya tidak lena kerana risau apakah cukup makan pakaimu.

Ayah, yang selalu berpenat lelah namun tiada siapa mengesat keringatnya.

Ayah, yang dalam sendirian akan menatap gambarmu saat kamu dewasa dan jauh darinya.

Ayah, yang tidak menyebut rindu namun selalu menanti panggilan darimu.

Ayah, yang tidak akan ada cinta lelaki lain sepertinya.

Terima Kasih Ayah ❤


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 23 July 2020 || 10:37 pm

Monday

Jentik Hati


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Kerana Syurga Itu Bukan Percuma"





Empat orang yang tidak akan tersentuh api neraka, Jadilah salah satunya ❤

Nabi Muhammad bersabda,
"Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?"

Para sahabat berkata, 
"Mau, wahai Rasulullah!"

Baginda menjawab:
"Yang Haram tersentuh api neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib dan Sahl."

(HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban) 




1. Hayyin.

Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin. Tidak labil dan tidak mudah marah, penuh pertimbangan. Tidak mudah memaki, melaknat serta teduh jiwanya.

2. Layyin 

Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak semaunya sendiri. Tidak galak, tidak suka memarahi orang yang berbeda pendapat dengannya. Tidak suka melakukan pemaksaan. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk orang lain.

3. Qorib

Akrab, ramah diajak bicara. Menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Wajahnya selalu berseri-seri dan murah senyum jika bertemu orang serta selalu menebar salam.

4. Sahl

Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan. Tidak suka berbelit-belit, tidak menyusahkan dan tidak tidak membuat orang lain susah.
 



Moga Hijrah Ini Allah Redha ❤ 

ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 21 July 2020 || 12:10 am 

Jom Tukar Link Blog


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Jom Tukar Link Bloglist By Linda Beauties"




Terjebak untuk join satu lagi segmen iaitu Jom Tukar Link Bloglist By Linda Beauties. 
Harap-ii dapat mengeratkan lagi hubungan baik dengan blogger lain :) 


Nak join, mudah sahaja caranya :)

1. Buat entri yang bertajuk "Jom Tukar Link Blog"
2. Letakkan banner di atas dan link kan ke blog ini
3. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini
4. Kemudian saya akan masukkan senarai nama anda di bloglist ini

It's done ✌ 


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 20 July 2020 || 10:07 pm

Sunday

"My Little Fella's"


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Segmen Bloglist My Little Fellas II"



Tengah seronok-ii blogwalking, aku terbaca satu blog nie yang ada buat satu segmen iaitu 
"Segmen Bloglist My Little Fellas II"
So, terdetik nak join walaupun ini kali pertama buat aku :)


Ini syarat-ii yang sangat mudah :)

1. Follow blog Kaella  ( thekaellaaaa )
 
2. Buat entry bertajuk "My Little Fellas II"
 
3. Tepek banner di atas dan link kan ke post yang ni
 
4. Share biar ramai yang join
 
5. Letakkan link penyertaan korang di ruangan komen 😐
 
6. Selesai! 😗 

Segmen ini berlangsung sehingga 30 July 2020 


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 19 July 2020 || 8:50 pm

Move On



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Cinta itu satu fitrah. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalang hati kita untuk merasakan dicintai dan mencintai antara satu sama lain. Setiap manusia pasti akan merasai semua ini. 

Tetapi,

Peganglah sekuat mana sekali pun. Kalau dia ditakdirkan untuk putus, akan putus juga. 
Lama mana sekali pun kita jaga hati seseorang. Kalau masa dan hati berubah, everything changed.




"Move On"

Tidak mudah untuk dilakukan. Lagi-ii bila kita mula teringat kenangan lama. Sakit yang tidak mampu diluah dek kata. Orang mungkin lihat kita baik-ii sahaja. Namun, tiada yang dapat memahami akan keadaan sebenar, bagaimana hancurnya dalaman kita. Cuma kita sahaja yang merasai kesakitan itu. 

Ada orang senang untuk move on. Tak ambil masa yang lama. Ada orang ambil masa kadang-ii sampai bertahun untuk move on. Mungkin sebab terlampau banyak kenangan. Bukan dia sengaja. Jadi, jangan mempertikaikan kenapa ada orang susah untuk move on. Sebaliknya, bantu dia untuk move on. 

Move on tak senang ya. Sometimes you're okay. You're doing fine. Sometimes you'll be sad. You miss the memories and reread the text, look at the beautiful pictures together. 

You know what hurts?
Throwing away memories as if they meant nothing at all. Tossing it around like it did't mean anything to you when really. It hurts you so much to let go. 

It's okay. Kalau kita dah pernah rasa sayang seseorang lebih dari kita. Tapi rasa yang sia-ii. At least kita pernah ada hati untuk dia. Treat them well. Give attention to them. Don't be sad. You just don't deserve for him only. You deserve better ❤

Perlahan-lahan cuba untuk melepaskan apa yang kita genggam kuat selama ini. Belajar untuk memaafkan dia dan terutama diri kita sendiri. Dekatkan diri kembali kepada sang Pencipta. Mungkin ada sebab mengapa ujian sebegini terjadi dalam hidup kita. Dan yakin sahaja setiap yang pergi, Allah pasti akan gantikan dengan lebih baik. Yang paling penting, belajar untuk sayang dan terima diri sendiri. Belajar untuk perbaiki diri sendiri. Belajar untuk menjadi yang lebih baik. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri :) 

You don't meet people by accident. Allah puts different people at different times in our lives for a reason, sooner or later you'll find out why they were a part of your life. Some will stay, some won't. Some will strengthen you, others will test you. Have faith and always sabar. Yes, it's very hard to move on but once you move on, you'll realize it was the best decision you've ever made. Akan rasa sampai satu tahap dah nak give up, nak sedih bagai. But, you deserve to be happy :)

Betul apa yang orang cakap. Benda yang kita kejar ini lah yang akan makin menjauh. So, stop chasing things. Stop chasing people to love and care about you. Love yourself first. Life will figure it out the best for you. Memang susah untuk berjumpa dengan seseorang yang betul-ii boleh accept diri kita sepenuhnya. The real you. Your flaws. Your insecurities. But, don't look for someone that will fix everything for you. Look for someone that will stay with you while you fix yourself and motivate you. 

Life is like a book. Some chapters are sad, some are happy and some are exciting. But, if you never turn the page, you will never know what the next chapter has in store for you. 

One day, you will meet someone who will really understand your story and protect you because they won't want you to suffer the same pain again. 

I don't need someone who see the good in me. I need someone who see the bad and still accept me :)


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 19 July 2020 || 5:25 pm

Thursday

#TulisanAlyssa


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Saling mengajari dan mengingatkan.
Tanpa menggurui dan menghakimi.
Termasuk diri ini, yang masih harus banyak belajar.
Karena tentu ada kesalahan yang telah diperbuat.
Dan berusaha untuk selalu belajar.
Belajar untuk melihat, mendengar serta merasakan.
Agar bisa menjadi lebih baik.


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 16 July 2020 || 11:25 pm

Wednesday

#LirikLagu


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Ost The King: Enternal Monarch 


Lonely wind blue rain falls,
Standing alone,
Light that I chased is you.
Faraway blurring longing to belong,
Sailing through surging billows.

Wondering how can I touch your time,
On my way to destiny,
When I am facing reality,
Don't be walking alone.

I want to know how long,
It will takes get there,
Anyone can't make me fall,
Though I am go astray
In deepest maze,
I'm the one who make it real.

Ah, how can I touch your time,
On my way to destiny,
Ah, where are you in the end?
Will this maze guide me to you?

Though I am going astray,
In deepest maze,
I'm the one who make it real,
Lonely wind, blue rains falls,
Waiting someone,
Light that I chased is you.

 ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 17 July 2020 || 10:04 pm 

#TulisanAlyssa


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



 
 
sekarang terasa sulit. 
tapi, nanti tiba saatnya tersenyum tanpa tanya. 
telah menemukan jawaban yang terjahit. 
dipupuk lembut kesabaran rasa. 

Waktunya adalah tepat. Kita memantaskan dengan giat.

 
  ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 15 July 2020 || 8:22 pm 

Tuesday

Part One



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Wish List 1: Degree.





Alhamdulillah, sekarang Njwa sudah bergelar mahasiswi di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terletak di Bukit Chandan, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Lepas habis Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), Njwa ditawarkan untuk sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di USAS dalam bidang pentadbiran pengajian atau Bachelors of Business Administration (BBA) di bawah fakulti pengurusan dan teknologi maklumat selama 4 tahun.





Njwa mendaftar sebagai seorang mahasiswi USAS pada 30 Jun 2019 secara rasminya di Dewan Serbaguna, Universiti Sultan Azlan Shah. Selepas selesai urusan pendaftaran, Njwa bergerak ke asrama dalam iaitu asrama untuk mahasiswi sahaja. For information, USAS mempunyai 3 jenis asrama iaitu asrama dalam, asrama pinggiran kampus dan asrama Bukit Kerajaan. Njwadapat bilik AT2-29 yang hanya memuatkan 4 orang. Ada katil dua tingkat, dua buah katil, meja study sorang satu and loker sorang satu. Asrama memang not bad. Tapi kena bawak bantal dan cadar sendiri dan alhamdulillah, Njwa dapat kawan-ii sebilik yang baik yang datang dari pelbagai negeri iaitu Izzati (Selangor) yang ambik Ijazah Multimedia Kreatif, Lily (Penang) dan Emylia (Kelantan) yang sama-ii ambik Diploma Business Administration.





Sesi orientasi berjalan hampir seminggu. Agak penat jugak semasa sesi orientasi sebab kena hadap dengan banyak benda. Tak cukup rehat, tak cukup mandi, tak cukup makan. Hahaha, seriusly memang pengalaman yang memeritkan. Tapi semuanya berjalan dengan baik.





Hari pertama Njwa ke kuliah agak mendebarkan juga sebab fikirkan tentang suasana kelas, perwatakan pensyarah sama ada okay atau garang and suasana pembelajaran yang macam mana. Pada hari pertama untuk ke kuliah, Njwa bersiap awal disebabkan untuk mengelakkan masalah untuk cari bilik kuliah. Alhamdulillah, tiada masalah bagi Njwa untuk mencari bilik kuliah kerana terdapat board lokasi di hadapan pintu masuk kampus. Sehari demi sehari Njwa melanjutkan pelajaran di USAS, Njwa bersyukur kerana diberi peluang untuk sambung belajar berbanding dengan orang lain di luar sana.

Berkaitan dengan tugasan atau assignment yang diberikan oleh pensyarah, tiada masalah bagi Njwa disebabkan masa di tingkatan 6, Njwa sudah didedahkan dengan cara buat tugasan yang betul dengan bimbingan guru-ii.  Namun, ilmu yang ada pada Njwa masih tidak cukup dan memerlukan Njwa untuk minta pertolongan dan pendapat dari kawan-ii yang lain. Jangan bodoh sombong, okiee :)





Alhamdulillah, sekarang Njwa berada dalam tahun kedua baru sahaja selesai semester ketiga dan kini sedang cuti sem selama 3 bulan dan insyaAllah pada 20 September 2020 Njwa akan menyambung semester yang ke-empat. May Allah ease everything, Amiin :)


 ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 07 July 2020 || 06:54 pm

COPYRIGHT BY NJWA JAFF