Bismillah..
" Tiada Yang Pertama, Maka Tiada Yang Terakhir "
Semua perkara mesti ada permulaanya. Walaupun manusia seringkali hanya
berserah kepada takdir, namun sedarlah bahawa langkah pertama yang
diambil itu kadangkala dapat mengubah nasib yang telah tertulis kerana
Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan oleh mereka
sendiri.
Kadangkala aku terfikir, di manakah sepatutnya aku bermula?
Didepan, dibelakang, dikiri, dikanan, diatas atau dibawah?
Tetapi, persoalan ini hanya mampu dijawab oleh diri kita sendiri.
Walaupun kita boleh meminta pendapat atau pandangan daripada orang lain,
namun pendapat atau pandangan tersebut tidak semestinya adalah jawapan
yang tepat pada persoalan kita kerana hanya kita sendiri yang dapat
memahami diri kita sendiri dan itu yang sepatutnya berlaku.
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 12 Jun 2020 || 10.10 pm