Bismillah...
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Alhamdulillah. Ramadhan sudah berlalu. Semoga akan ada rezeki untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang. Tahun nie suasana raya agak berlainan daripada tahun-ii sebelum nie disebabkan pkp dengan assignment yang banyak serta dengan final exam untuk semester 3.
Alhamdulillah, aku masih dapat beraya bersama dengan keluarga seperti biasa walaupun tanpa Angah yang bekerja di Johor. Tahun nie memang tak dapat nak menziarah sanak saudara yang berada di negeri lain disebabkan oleh arahan kerajaan untuk tidak merentas negeri. Tapi, disebabkan kampung ayah dengan kampung mak masih dalam negeri yang sama iaitu negeri Perak, jadi tak ada masalah untuk aku sekeluarga berjumpa dengan sanak saudara yang lain yang tinggal di negeri Perak. Duit raya pun masih dapat sama ada cash atau bank in, terima kasih :)
Nasib aku juga baik sebab aku masih ada baju untuk aku pakai masa raya nie yang bertemakan gold. Sebenarnya, baju raya nie untuk aku pakai semasa majlis kenduri abg sedara aku di Kedah pada bulan 12 tahun lepas tapi disebabkan masa tu aku ada midterm dan final exam untuk semester 2, aku tak dapat nak ikut and stay di universiti. Nasib baik muat lagi baju tu untuk aku pakai :)
Apa-ii pun, mohon maaf jika ada salah silap, terlanjur kata, dan terkasar bahasa.
Maaf Zahir dan Batin :)
ما شاء الله
Najuwa Jaafar || 13 Jun 2020 || 7:16 pm