Sunday

Bukit Berekeh


Bismillah...

Hiking Bukit Berekeh di Sungai Siput, Perak.


Bukit Berekeh atau dikenali sebagai Bukit Botak mempunyai ketinggian setinggi 1940 kaki atau 454 meter dan terdapat 5 buah puncak bukit yang menjanjikan permandangan yang menarik pada setiap puncak.





Alhamdulillah dengan keizinan Allah, aku dapat join hiking bukit nie dengan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Usas bersama dengan 16 orang yang lain. Ini dah masuk kali ketiga aku join aktiviti hiking. Kami bertolak seawal 4 pagi daripada universiti menuju ke Sungai Siput dan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam untuk sampai dan setibanya di sana, kami berkumpul dan diberikan bekalan seperti air mineral dan roti.




Keadaan trek untuk ke puncak bukit taklah sukar, mula-ii kami melalui kawasan sawit dalam anggaran masa 30 minit berjalan dan seterusnya kami melalui trek hutan lebih kurang 30 minit sampai ke puncak pertama. Anggaran masa dari puncak pertama untuk sampai ke puncak terakhir dalam 3 jam. Walaupun Bukit Berekeh mempunyai 5 puncak, tetapi aku hanya mampu mendaki sehingga puncak keempat sahaja disebabkan matahari sudah naik dan terasa bahangnya. Tapi aku bersyukur kerana dapat mendaki sehingga ke puncak keempat walaupun di pertengahan jalan, ada terbit perasaan nak give up tapi disebabkan aku lihat kawan-ii yang lain bersemangat jadi aku gagahkan juga untuk melangkah dan kecewa sedikit kerana tidak kesampaian untuk kepuncak kelima, mungkin ada rezeki untuk sampai ke puncak kelima pada masa yang akan datang kan :)


       


Excited betul rasanya bila dah sampai setiap puncak. View di setiap puncak memang terbaik, dikelilingi lalang-ii dan rumput-ii savanna yang kering dan cantk. Kalau ada rezeki, bolehlah melihat pemandangan awan karpet.


 







Tips Hiking Bukit Berekeh:

1. Hiking awal pagi untuk menikmati permandangan sunrise .

2. Pakai topi untuk elakkan cahaya matahari.

3. Bawak beg dan isikan air mineral, roti dan coklat secukupnya.

4. Bawak tuala kecil.

5. Jangan ikut cara orang lain. Kalau tak larat, berhenti.


Jangan mengambil apapun selain gambar, jangan meninggalkan apapun selain jejak, jangan membunuh apapun selain waktu dan jangan membakar apapun selain semangat.








Secara keseluruhannya, aku sangat enjoy dengan trip hiking kali ini dan merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. InsyaAllah, ada rezeki untuk hiking pada masa yang akan datang pulak. Amiin :) 

Permandangan Bukit Berekeh 












  ما شاء الله

 Najuwa Jaafar || 15 July 2020 || 02:12 pm 
COPYRIGHT BY NJWA JAFF