Wednesday

Menjaga Hati Sendiri

 

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tidak semua orang faham apa yang kita rasa. Tak semua orang rasa macam mana kita sedang merasa perit, sakit, duka dan luka sesuatu itu. Kadang-ii kita fikir tentang orang lain tapi orang lain blame kita for everything. Nobody cares. Kadang-ii kita terpaksa membuat keputusan salah yang menyakitkan hati kita hanya kerana untuk melihat orang lain tersenyum bahagia. 

Susah untuk kita nak puaskan hati semua orang. Pasti ada sahaja kritikan dan tomahan yang akan dilemparkan. Bukan mudah nak hidup jadi manusia, banyak perkara yang perlu dilalui dan diterokai untuk menjadikan kita lebih dewasa. Susah kalau dah terangkan sepuluh kali tetapi masih tidak faham. Jadi inilah cara untuk kita lebih memahami dan kini kita pasti ramai yang mengerti hidup jadi manusia memang susah. 

Kita cari kekuatan yang ada dalam diri, kita pujuk diri sendiri. Beri semangat kepada diri sendiri dan jangan mengharap pada orang lain. Bisikkan pada diri sendiri, "Aku mampu menghadapi semua dugaan dengan izin Allah". Bermohonlah, merayulah pada Allah. Berdiri atas kaki sendiri.

Hidup ini ada pasang surutnya. Kadang kita disayangi. Kadang kita dibenci biar pun tanpa alasan, tanpa sebab yang muhasabah. Jadi, ingat jangan berkecil hati jika orang salah faham terhadap kita. Allah faham akan isi hati kita. Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita kerana tiada hakim sebaik Allah. Tenanglah.

Ada baiknya kita menangis di hadapan Allah. Curi perhatian Allah. Mengadu pada Allah. Allah akan sentiasa pedulikan kita, selamanya. Tidak seperti manusia yang acap kali meninggalkan kita. Bersimpati pula hanya sementara.

Utamakan dulu hati sendiri. Kerana untuk memuaskan hati manusia cukup tidak mudah. Kerana sekeras apa pun usaha kita, tetap juga tersakiti. Selamat membaca ❤

ما شاء الله


Najuwa Jaafar || 07 January 2021 || 2:24 pm

Monday

Miracles In December

 

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Hello December. ⭐

Today is day 362 of 366. I still can't believe next Friday we'll be in 2021 already. Time flies too fast and it scares me somehow.

In this 2020. The biggest lesson I learned is not to force anything. Conversation, friendship, attention and love. Anything forced has never last long.  

Since it's the last month of the year, I would to thanks everyone who made me smile this year and I just wanna say thank you to all people who have been part of my life this 2020. Tahun ini banyak mengajarkan cara untuk membangun dari kejatuhan. Tahun ini telah membuka mata kepada kita siapa yang benar-ii setia menemani, yang tidak pernah jadikan jarak sebagai alasan. Tahun 2020 adalah tahun membentuk. Moga tahun seterusnya adalah tahun menakluk. Menakluk cahaya, menakluk mimpi. Moga bahagia masih sudi memeluk. 

Final week before we enter 2021. Let's make it a great one. ❤


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼



Dear myself,

You did well this year. You met new people, learned new things and felt new feelings. There were some really though nights but you survived them all. 2020 was your year of growth. I hope you take a moment to be kind to yourself, and believe that 2021 will be even better for you. 🎕

ما شاء الله


Najuwa Jaafar || 28 December 2020 || 8:02 pm

Saturday

Matangnya Seorang Perempuan Itu..

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



 "Bila Perempuan Sudah Matang"

   Perempuan yang sudah matang akan berhenti dari menghukum dan menilai orang lain dan memfokuskan ke arah perbaiki diri sendiri. Perempuan yang sudah matang boleh menerima pendapat orang lain. Perempuan yang sudah matang berani melepaskan kenangan lama tanpa perlu menyimpan dendam. Perempuan yang sudah matang akan melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian orang lain dan tidak tersinggung walaupun dihina, dikeji dan dimaki. 

    Perempuan yang sudah matang akan berhenti berharap pada hal yang tidak pasti. Perempuan yang sudah matang tidak akan sibuk untuk bergosip, membuka aib orang, mengumpat dan sebagainya. Perempuan yang sudah matang tidak akan melayan toxic and negative vibe, apatah bergaduh di hadapan public, spam status whatsapp atau story untuk memerli atau menyindir orang lain. Perempuan yang sudah matang seorang yang berani mengambil risiko. Perempuan yang sudah matang tidak akan menggunakan emosi untuk menyelesaikan konflik atau masalah yang datang. 

    Perempuan yang sudah matang tidak akan membuang masa berkorban untuk orang lain yang tidak menghargai, akan setia dan menjadikan cintanya adalah cinta yang diredhai, menyibukkan dan mengurus hal kehidupan dan fokus pada masa hadapan. Tujuannya adalah membina rumahtangga bukan bercinta lalu putus dan bercinta sekali lagi. Yang penting hubungan dia bersama dengan Allah sangat kuat dan utuh. 

ما شاء الله

Sumber dari: Hananiarara

Najuwa Jaafar || 31 Oktober 2020 || 3:20 pm

COPYRIGHT BY NJWA JAFF