Tuesday

My Special Day


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Happy Birthday Myself."


Hi guys, today 5 August 2020 and I'm officially 21 years old ❤

Kadang-ii aku rasa diri aku ni semakin matang tapi kadang-ii aku rasa masih mentah lagi. Kadang-ii aku rasa diri aku ni boleh buat sesuatu perkara yang boleh memuaskan diri dan hati sendiri tapi pada hakikatnya semua keputusan tu tidak dapat memuaskan hati orang lain. Kadang-ii aku rasa aku boleh buat sesuatu perkara seorang diri tanpa meminta pertolongan orang lain tapi pada hakikatnya aku tak berdaya. 

Sejujurnya, aku tak boleh nak tipu. Banyak dan macam-ii benda yang aku alami dalam jangka masa umur aku yang sangat-ii muda dan masih mentah. Aku tak tahu kenapa aku alami semua benda-ii ni dalam keadaan masa yang terlalu awal. Mungkin, Allah sengaja mahu menguji tahap kesabaran, kekentalan dan ketabahan diri aku. Allah itu tahu segala-galanya. Dia yang mampu mengaturkan segala-galanya. Kita pula? Tepuk dada tanya selera.

Aku harus bersyukur kerana aku sudah boleh untuk bernafas lega,
Aku harus bersyukur kerana aku sudah boleh berdikari dan berani terbang di atas sayap sendiri,
Aku harus bersyukur kerana aku dikurniakan dengan keluarga yang memahami dan menerima aku seadanya, alhamdulillah.

Aku tak expect benda pelik berlaku disebabkan aku anggap tarikh birthday hanya sesuatu yang biasa-ii sahaja. Tiada benda yang perlu dihebohkan kecuali sebagai tanda kesyukuran sebab masih hidup selama dua puluh satu tahun dan aku sangat bersyukur kepada mak dan ayah yang melahirkan dan mendidik aku sehingga aku boleh tahu yang mana baik buruk dan halal haram, alhamdulillah. Banyak benda sebenarnya yang aku nak capai tapi masih belum tercapai lagi, hahaha boleh lihat di wish list aku. Belum ada rezeki dan belum tiba masanya. It's okay, Allah Maha Mengetahui :) 



Dear Myself,
Syukur alhamdulillah, anda masih di sini. Tolong terus kuatkan diri. Tolong terus bersemangat. Tolong terus untuk mempamerkan sebuah senyuman. Tak lupa juga, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa sihat tubuh badan, sentiasa positif dalam semua perkara dan semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan, ujian dan cabaran. Janji untuk jadi orang yang baik dan sentiasa kuat ya, insyaAllah. Amiin :)


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 5 Agust 2020 || 8:35 am

Sunday

Giveaway By Ejulz & Shirven


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Giveaway by Ejulz & Shirven"




Hari nie aku terjebak untuk join lagi satu segmen iaitu Giveaway by ejulz & shirven. 
Harap-ii dapat mengeratkan lagi hubungan baik dengan blogger lain :)
Semoga segmen ini akan mendapat sambutan yang mengalakkan :)
Harap-ii aku ada rezeki untuk menang segmen nie, insyaAllah Amiin :)


Syarat-ii Penyertaan Giveaway by Ejulz & Shirven:

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja.
2. Buat satu entry bertajuk "Giveaway by Ejulz & Shirven". Letak banner di atas dan backlink ke post ini.
3. Follow blog Ejulz dan Shirven.
4. Follow ig Ejulz dan Shiven.
5. Tinggalkan penyertaan korang dan nama ig di post ini.
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat: 15 Ogos 2020

So, tunggu apa lagi. Jom lah join :)


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 2 August 2020 || 3:00 pm

Saturday

Hello August


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






"Hello August, Please Be Nice To Me"


Alhamdulillah, sudah sampai bulan August untuk tahun nie. Kejap sungguh masa berlalu. Tahu-ii nanti dah nak habis tahun 2020. Laju masa memecut. Bulan August nie memang sinonim dengan bulan Merdeka dan juga merupakan tarikh yang sangat-ii penting dalam kehidupan aku. 05 August merupakan tarikh birthday aku yang ke 21. Hihihi, dah boleh kahwin kan :) Hahaha, lambatt lagi. Calon pun tak de :') Btw, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha and thank you kepada korang yang sudi follow blog aku and sudi bagi kata-ii semangat and nasihat pada aku. Aku appreciate sangat-ii :) Semoga segala urusan korang semua dipermudahkan :) Yang paling penting, aku cuma ada lagi sebulan lebih sisa baki cuti sem aku sebelum aku menempuh sem 4 iaitu pada 20 September, back to student life ✌


Dear August,
There 1 stood, silent and alone.
I feel like giving up when things always go wrong and time getting tougher.
But then I realized that I should be grateful that certain things didn't work out.
Sometimes you don't even know what you are being protected from or where you are being guided to in the midst of chaos.
It doesn't matter whether you see the glass is half full or half empty,
There will always be something to be thankful for.


You can still make something beautiful and something powerful out of a really bad situation. 
(Gabe Grunewald)


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 1 August 2020 || 10:41 pm
COPYRIGHT BY NJWA JAFF