Tuesday

My Special Day


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Happy Birthday Myself."


Hi guys, today 5 August 2020 and I'm officially 21 years old ❤

Kadang-ii aku rasa diri aku ni semakin matang tapi kadang-ii aku rasa masih mentah lagi. Kadang-ii aku rasa diri aku ni boleh buat sesuatu perkara yang boleh memuaskan diri dan hati sendiri tapi pada hakikatnya semua keputusan tu tidak dapat memuaskan hati orang lain. Kadang-ii aku rasa aku boleh buat sesuatu perkara seorang diri tanpa meminta pertolongan orang lain tapi pada hakikatnya aku tak berdaya. 

Sejujurnya, aku tak boleh nak tipu. Banyak dan macam-ii benda yang aku alami dalam jangka masa umur aku yang sangat-ii muda dan masih mentah. Aku tak tahu kenapa aku alami semua benda-ii ni dalam keadaan masa yang terlalu awal. Mungkin, Allah sengaja mahu menguji tahap kesabaran, kekentalan dan ketabahan diri aku. Allah itu tahu segala-galanya. Dia yang mampu mengaturkan segala-galanya. Kita pula? Tepuk dada tanya selera.

Aku harus bersyukur kerana aku sudah boleh untuk bernafas lega,
Aku harus bersyukur kerana aku sudah boleh berdikari dan berani terbang di atas sayap sendiri,
Aku harus bersyukur kerana aku dikurniakan dengan keluarga yang memahami dan menerima aku seadanya, alhamdulillah.

Aku tak expect benda pelik berlaku disebabkan aku anggap tarikh birthday hanya sesuatu yang biasa-ii sahaja. Tiada benda yang perlu dihebohkan kecuali sebagai tanda kesyukuran sebab masih hidup selama dua puluh satu tahun dan aku sangat bersyukur kepada mak dan ayah yang melahirkan dan mendidik aku sehingga aku boleh tahu yang mana baik buruk dan halal haram, alhamdulillah. Banyak benda sebenarnya yang aku nak capai tapi masih belum tercapai lagi, hahaha boleh lihat di wish list aku. Belum ada rezeki dan belum tiba masanya. It's okay, Allah Maha Mengetahui :) 



Dear Myself,
Syukur alhamdulillah, anda masih di sini. Tolong terus kuatkan diri. Tolong terus bersemangat. Tolong terus untuk mempamerkan sebuah senyuman. Tak lupa juga, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa sihat tubuh badan, sentiasa positif dalam semua perkara dan semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan, ujian dan cabaran. Janji untuk jadi orang yang baik dan sentiasa kuat ya, insyaAllah. Amiin :)


ما شاء الله

Najuwa Jaafar || 5 Agust 2020 || 8:35 am

10 comments:

Thank You For Spending Your Time Here. Come Again :)

COPYRIGHT BY NJWA JAFF