سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"8 Tips Mengembirakan Hati Yang Sedih Dan Kecewa"
Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku sahaja kita sering rasa sedih sebab banyak kali ingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk fokus pada masa depan kita, cita-ii kita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-ii. kita tak akan dapat lupakan kesemua memori pahit sekaligus tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib yang tak baik, masalah dan musibah tanpa dipinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental. Risau membuatkan kita selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang berasa takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri untuk mengawal emosi.
Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang kita ada, apa sahaja! Contohnya, ucap syukur kerana kita masih ada lima deria yang lengkap. Kita boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur. Kita ada kawan rapat yang memahami dan kita mempunyai handphone kesayangan. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas yang mungkin sehingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri kita. Buat banyak kali dalam sehari.
Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dan perasaan dari sifat negatif dan emosi-ii negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya meneutrakan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda kita. Ketahuilah, kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita sendiri di masa lalu ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita satu ketika dahulu ataupun kita susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kita yang membuatkan kita sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan untuk datang pada diri kita.
Setiap malam, tepuk bantal dan set minda yang aku maafkan sesiapa yang telah buat salah pada aku dan dengan harapan mereka juga dapat memaafkan kita juga. Tulis surat dan letakkan di bawah bantal setiap malam. Sesungguhnya kita tidak tahu bila Allah akan ambil nyawa kita. Maka tulis surat yang mengandungi segala isi hati kita.
Ketawa, Ketawa Dan Terus Ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa itu yang benar-ii menggembirakan kita walaupun bukan dihapan orang lain dan menjadikan kita girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan-ii yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi agar kita boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan kita boleh ketawa kan? Senyumlah walaupun kita dilanda masalah. Allah sedang memandang kita. Tak ke rasa bahagia.
Ubah Fikiran.
Kita tidak boleh ubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi kita boleh ubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-ii tersebut walau seburuk mana pun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-ii positif di dalamnya. Fikir yang baik-ii sahaja kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-ii datang sendiri pada kita. Kita menjadi apa yang kita fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-ii?. Fikir yang buruk, kita dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
Hati Mesti Keras.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-ii lagi bukan sekadar dugaan tapi balasan pada perbuatan-ii kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik dan begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-ii pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk kita. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari sebelumnya.
Menangis.
Perkara paling mudah kita buat apabila kecewa dan lain-ii adalah menangis tapi jangan berlebihan. Menangis pada orang yang kita paling percayai. Tak pun, menangis pada Allah. Walaupun kita tidak bercerita pada Allah, tetapi Allah tahu. Allah lebih tahu daripada orang lain. Allah dah lihat kesedihan kita, cuma kita je tak mencari Dia. Allah biarkan kita sedih sebab Allah nak kita mengadu dekat Dia, menangis pada Dia. Sebab kita nak bermanja dengan Dia, kita bercerita dalam tahajud ataupun dalam doa. Apa salahnya kalau kita menangis dekat Allah.
Last but not least.
Jangan jadikan masa lalu itu sebagai penghalang untuk mara ke hadapan.
We can't change the past but we can change the future.
ما شاء الله
Sumber dari: Hafizah Mohamad
Najuwa Jaafar || 8 August 2020 || 4:36 pm